Francais Burger King Malaysia yang sebelum ini dimiliki oleh Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah dijual kepada pengasas 99SpeedMart, Lee Thiam Wah dan ahli Pemudah, Datuk Chua Tia Guan dengan harga RM74.6 juta kepada syarikat Newscape Capital Sdn Bhd yang dimiliki oleh Lee dan Chua.

Penjualan ini selesai dilakukan susulan dari proses penjualan bersama dengan BK Asiapac Pte Ltd, iaitu master franchisor bagi jenama Burger King di Asia Pasifik selepas menerima tawaran terbaik daripada Newscape dari segi harga. Newscape juga dilihat mempunyai kebolehan untuk mengembangkan potensi rangkaian Burger King dengan sumber kewangan yang mereka ada dan kebolehan mengendalikan operasi rangkaian.

Ekuinas menjual francais Burger King ini kerana mahu menstrukturkan semula portfolio makanan dan minuman agar dapat fokus dan mengembangkan segmen teras casual dining and beverage di bawah jenama Tony Roma’s, Manhattan Fish Market, New York Steak Shack, Coolblog dan San Francisco Coffee.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram