Pengasas platform jualan atas talian terkenal di dunia, Amazon, Jeff Bezos hari ini telah mengumumkan penceraian bersama isterinya McKenzie Bezos selepas 25 tahun melayari dunia perkahwinan. Pengumuman ini disampaikan oleh beliau sendiri melalui akaun rasmi Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki paling kaya di dunia tersebut turut mmberitahu beliau dan bekas isterinya akan menjadi rakan baik pasca penceraian. Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk melayari kehidupan bersama isternya yang juga merupakan seorang novelis sekaligus merupakan tulang belakang beliau sehingga mampu berjaya sampai detik ini.

Mengimbas kembali detik pertemuan pasangan tersebut yang berkenalan ketika pertama kali bersua pada sesi temuduga kerja dan akhirnya mmebuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 1993. Tahun lepas, pasangan ini telah melancarkan projek kebajikan dikenali sebagai “Day One Fund” untuk keluarga gelandangan dan membina pra-sekolah untuk komuniti berpendapatan rendah

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.