Sejak akhir-akhir ini, isu menjadi sugar baby dan sugar daddy semakin hangat dibincangkan. Perbincangan ini menjadi semakin serius selepas terdapat sebuah laporan daripada aplikasi pelacuran golongan mengatakan Malaysia berada tangga ketiga di Asia teramai memiliki sugar daddy.

Bukan itu sahaja, dilaporkan beberapa universiti terkenal di Malaysia turut memiliki sugar baby yang terdiri daripada para pelajar yang sanggup mencari wang tambahan bagi memenuhi kehendak sugar daddy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

infographic-sbu-2021-my-short_k8wq

Sebagai usaha untuk mengekang aktiviti tidak bermoral ini, pihak berkuasa telah memilih untuk menahan pengasas kepada aplikasi Sugarbook di perkarangan kediaman beliau di Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek berusia 34 tahun itu ditangkap pada jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas bagi aplikasi Sugarbook.

“Proses permohonan reman terhadap suspek yang beralamat di Pulau Pinang akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam pagi ini. Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran,” jelasnya.

sugarbook-app

Diharap aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral ini dapat dihentikan memandangkan aktiviti ini mampu memberi kesan kepada para pelajar serta hubungan kekeluargaan golongan elit.

Tular sekitar dua tahun lalu apabila aplikasi pelacuran golongan elit ini lulus diiklankan di Malaysia serta dipaparkan di jalan raya. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Bagaimana Aplikasi ‘Pelacuran’ Golongan Elit Ini Lulus Untuk Diiklankan Di Malaysia?

Mahu Kekang Kegiatan ‘Sugar Baby’, Aplikasi Bakal Disekat Dan Tindakan Tegas Perlu Diambil

Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki ‘Sugar Daddy’ Paling Ramai Di Asia

 

Sumber