Minggu ini kita menyaksikan dua jenama telefon pintar popular iaitu Samsung dan Huawei telah mengeluarkan dua model futuristik mereka iaitu Galaxy Fold dan Mate X. Masing-masing dilancarkan dengan penyertaan skrin yang boleh dilipat.

Teknologi yang diumumkan dua jenama ini turut mendapat perhatian pengasas bersama Apple iaitu Steve Wozniak. Melalui temuramah beliau bersama Bloomberg baru-baru ini, beliau turut menyatakan hasrat dimana beliau sentiasa mahukan telefon pintar dengan skrin boleh lipat.

Beliau turut meluahkan pendapat dimana inovasi jenama luar seperti Huawei dan Samsung turut membimbangkan Apple dimana jenama ini perlu bekerja lebih keras untuk kekal releven serta menjadi pilihan ramai pada masa akan datang.

Kenyataan beliau mungkin akan membuatkan Apple mengikut trend semasa untuk mengeluarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Persoalannya, berapakah harga yang bakal diletakkan Apple setelah Galaxy Fold ditawarkan pada harga RM8,135 manakala Mate X ditawarkan pada harga RM10,625?

 

Sumber