Tanpa Ditko, mungkin watak superhero terkenal Spider-Man tidak akan wujud ketika ini. Steve adalah pengasas bersama untuk watak Spider-Man bersama Stan Lee meninggal dunia di usia 90 tahun.

Beliau juga adalah insan yang turut sama menghasilkan watak Doctor Strange, juga bersama Stan Lee. Sedikit sejarah tentang Steve Ditko. Pada 1961, Ditko dan Stan mencipta watak Spider-Man untuk episod Amazing Fantasy No.15. Idea untuk pakaian, web shooter, rekaan warnan biru dan merah semuanya hadir daripada Ditko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Marvel sendiri pada ketika itu tidak menyangka watak Spider-Man ini akan menjadi hit di kalangan pembaca dan kemudiannya diberi tajuknya yang tersendiri, Amazing Spider-Man. Ditko juga membantu dalam menghasilkan watak-watak lain dalam siri Spider-Man antaranya Doctor Octopus, Sandman dan juga Green Goblin.

Pada 1963 pula, beliau bersama Stan menghasilkan pula watak Doctor Strange. Selepas beberapa ketika, Ditko meninggalkan Marvel Comics selepas pertelingkahan bersama Stan Lee. Ditko tidak menerangkan sebab beliau meninggalkan Marvel tetapi dikabarkan beliau kecewa kerana Stan Lee kurang memberi kredit kepada Ditko untuk watak Spider-Man dan Doctor Strange.

Walaupun Stan Lee sentiasa menjadi wajah untuk Marvel Comics, tetapi pelukis serta penulis marvel seperti Ditko dan Jack Kirby turut mempunyai impak kepada Marvel Comics.

Ramai insan seni mengucapkan takziah kepada Ditko dan Spidey sendiri, Tom Holland mengucapkan takziah kepada Ditko menerusi laman Twitter. Tanpa Ditko, Stan Lee tidak mungkin dapat menghasilkan Spider-Man yang kita kenali ketika ini.