Menyoal tentang Bitcoin, mungkin ramai yang mampu menerangkannya dengan baik begitu juga dengan potensinya. Pengasasnya iaitu Satoshi Nakamoto seringkali menjadi tanda tanya orang ramai berikutan pemilihan beliau untuk menghilangkan identitinya daripada pihak tertinggi.

Terbaru, seorang individu bernama Craig Wright telah mengaku dirinya sebagai pengasas Bitcoin. Lebih serius, beliau telah disaman sebanyak $10 bilion (RM39 bilion) oleh firma David Kleiman berikutan penipuan yang dibuat oleh Wright pada tahun 2013.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Craig Wright, Individu yang mendakwa sebagai pengasas bitcoin
Craig Wright, Individu yang mendakwa sebagai pengasas bitcoin

Difahamkan Craig Wright juga gagal untuk membuktikan beliau adalah ‘Satoshi Nakamoto’ yang sebenar selepas sisatan dibuat meskipun mempunyai mesin melombong Bitcoin. Berdasarkan undang-undang, Craig Wright bakal dikenakan jumlah bayaran saman yang tinggi kerana melanggar hak harta intelek.

Setakat ini nasib dan masa depan Bitcoin masih lagi menjadi tanda tanya. Mampukah harga Bitcoin terus melonjak berikutan keselamatan yang ditawarkannya atau sebaliknya.

Baca lagi: Lelaki Ini Ramal Bitcoin Akan Bernilai ‘Zero’ Tidak Lama Lagi