Tiga bulan selepas pemergian pengasas Kicap Jalen, rakyat Malaysia pada hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pengasas Cap Kipas Udang iaitu Datuk Lambak Mohamed. Dilaporkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 9.15 pagi di kediamannya yang bertempat di Larkin Jaya pada hari ini.

Berita berkenaan dikongsikan oleh ahli keluarganya yang berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham. Menurut cucunya, Amiza Abdul Aziz, jenazah Allayarham Datuk Lambak Mohamed telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh pada jam 12.30 tengah hari tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

98048927_330020937964252_4846908599701602304_n

Difahamkan Allayarham yang meninggal dunia pada usia 100 tahun ini tidak mempunyai menunjukkan sebarang komplikasi penyakit malah sihat-sihat sahaja sebelum ini. Allayarham meniggalkan balu Datin Rogayah Jusoh yang berusia 94 tahun beserta 12 cahaya mata.

Untuk pengetahuan, produk keluaran syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sudah mulai bertapak sejak 1987 serta terus menjadi pilihan hampir setiap keluarga di rumah terutamanya produk kicap Habhal’s Cap Kipas Udang. Semoga Datuk Lambak Mohamed dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kami kongsikan juga berita kematian pengasas jenama Kicap Jalen yang meninggal dunia pada Februari lalu.

Pengasas Kicap Jalen Meninggal Dunia

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Sumber