Datuk Habib Mohamed Abdul Latif yang terkenal dengan perniagaan barangan kemas Habib Jewels telah menghembus nafas yang terakhir pagi tadi setelah 2 minggu koma akibat terjatuh dalam bilik air. Berita tersebut disahkan sendiri oleh cucu allahyarham, Mohamed Shamer Shahul Hameed.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.26 pagi tadi di kediamannya dan jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling selepas Zohor nanti. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak. Allahyarham meninggalkan 5 cahaya mata, 9 cucu dan seorang cicit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Allahyarham memulakan perniagaannya pada tahun 1958 dengan hanya bermodalkan RM3,800 di Pulau Pinang. Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan dengan Tokoh Maal Hijrah daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Al-Fatihah.

habib-store
Kedai pertama Habib Jewels yang dibuka pada tahun 1958