Ianya satu berita yang mengejutkan kepada dunia fesyen terutamanya untuk peminat setia jenama Kate Spade. Kate Spade ditemui meninggal dunia di usia 55 tahun.

Pereka fesyen berkenaan yang terkenal dengan ciptaan beg tangannya dan juga bekas editor majalah menggantung diri di pangsapurinya di Park Avenue, New York.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Kate Spade Body Out
Mayat Kate dibawa keluar daripada pangsapurinya

Menurut laporan, Kate Spade sempat meninggalkan satu nota untuk anaknya yang berusia 13 tahun yang ditulis tangan. Antara isi kandungan note tersebut tertulis It’s not your fault (Ini bukan salah anda) yang merujuk kepada anak perempuannya.

Jenama Kate Spade New York memulakan perniagaannya pada tahun 1993 dan membuka butik rasmi pertamanya 3 tahun kemudian. pada ketika ini, Kate Spade New York mempunyai 140 butik di Amerika Syarikat dan 175 cawangan lain di seluruh dunia.

Spade
Kate di dalam salah sebuah butik Kate Spade pada tahun 1999

Terkenal dengan rekaan beg serta pakaian yang cantik, artis dan selebriti ternama seperti Kate Middleton, Taylor Swift dan Zooey Deschanel antara yang pernah menggayakan beg dan pakaian daripada jenama ini.

Walaupun sudah tidak bersama jenama Kate Spade New York secara terus (Liz Claiborne mengambil alih jenama ini pada 2007), legasi yang ditinggalkan Kate Spade akan terus hidup di hati peminat setia jenama ini.

Sumber