Pereka serta pengasas jenama fesyen Kenzo, Kenzo Takada meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di usia 81 tahun.

Berita tersebut turut disahkan oleh laman rasmi Kenzo. Rata-rata individu yang mengenali Takada secara dekat menzahirkan rasa sedih mereka dengan berita tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CF7aTBoF-5N/

Dikenali dengan rekaan serta penggunaan corak warna warni, Takada adalah pereka fesyen pertama dari Jepun yang berjaya mendapat perhatian pentas peragaan di Paris. Beliau berpindah ke Perancis pada 1960an dan seterusnya mengembangkan jenama Kenzo ke seluruh dunia.

Artis ternama Hollywood seperti Rihanna sehinggalah dunia K-Pop seperti Big Bang pernah menyarung persalinan daripada jenama Kenzo. “Saya adalah peminat jenama ini sejak tahun 1970an lagi. Saya merasakan beliau adalah seorang pereka yang hebat dan lain daripada yang lain,” kata Sidney Toledano, CEO syarikat induk Kenzo; LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton.

Kenzo Takada dilahirkan di Himeji, Jepun pada tahun 1939. Pada tahun 1965, beliau berhijrah ke Perancis menaiki kapal dan terus menjadikan bandar Paris tempat tinggalnya.

Beliau mula menempa nama pada tahun 1970an dan melancarkan siri pakaian untuk lelaki pada tahun 1983. Pada hujung tahun 1980an, beliau mula melancarkan siri pakaian yang lebih kasual; Kenzo Jeans dan Kenzo Jungle yang menjadi kekuatan jenama tersebut sehingga kini.

Ini beberapa berita lain dalam dunia fesyen. Baca lagi pada pautan di bawah.

BAPE STORE®︎ MALAYSIA DI Suria KLCC Kini Dibuka Secara Rasmi

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK

Pandora Hadir Dengan Koleksi Star Wars Edisi Terhad Pasti Buat Peminat Teruja

Sumber