Pengasas jenama Kicap Jalen kegemaran ramai, Datuk Haji Ab. Jalil Bin Hj Long telah kembali ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Berita berkenaan dikongsi di laman rasmi Facebook Kicap Jalen dan rata-rata ahli keluarga dan pekerja berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Allahyarham memulakan perniagaan produk makanan pada tahun 1981 dan resipi kicap yang dihasilkannya tidak berubah dan menjadi pilihan ramai hingga kini.

Ramai yang pastinya tidak dapat melupakan dialog iklan jenama Kicap Jalen yang catchy dan sering dimainkan di corong radio. Semoga Allahyarham Ab. Jalil dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Pagi tadi, industri hiburan Malaysia dan Indonesia turut dikejutkan dengan berita kematian Ashraf Sinclair. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula