Percaya atau tidak, ini memang berlaku. Altria Group, syarikat tembakau paling besar di Amerika yang juga pengasas jenama Marlboro akan mengecilkan bilangan pekerja mereka di mana langkah itu akan memberi penjimatan USD300 juta setahun. Duit dari penjimatan itu akan mereka laburkan ke dalam industri yang sedang giat berkembang : rokok elektronik atau “vape”.

Altria(sebelum ini dikenali sebagai Philip Morris) walaupun mengawal lebih daripada separuh jualan industri rokok tembakau di Amerika, mereka tetap mengambil langkah untuk memecat pekerja disebabkan jualan suku akhir tahun lepas mereka merosot sebanyak 2.6 peratus. Tidak diberitahu jumlah spesifik berapa orang yang akan dipecat, Altria komited untuk melabur wang syarikat ke dalam industri rokok elektronik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan peningkatan perokok di Amerika, syarikat tembakau di Amerika sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keuntungan mereka. Strategi paling popular dalam dekat lalu adalah untuk mengembangkan perniagaan mereka terutamanya di Asia kerana undang-undang berkenaan rokok adalah tidak terlalu ketat(undang-undang menghisap rokok di tempat kerja dan pengiklanan). Terbaru, syarikat tembakau mula mengeluarkan sendiri jenama rokok elektronik mereka.

Masih banyak tempat di Amerika yang melarang vape di tempat awam. Tetapi ianya mungkin berubah jika di masa hadapan kerajaan Amerika mengubal undang-undang khas untuk vape. Buat masa ini, syarikat Altria nampak masa depan rokok eletronik di mana ianya bakal menjadi pilihan utama berbanding rokok kotak traditional suatu hari nanti.

Sama seperti di Amerika, di sesetengah tempat di negara kita vape masih tidak dapat diterima oleh umum. Jika ianya alternatif untuk berhenti rokok, mana tahu kerajaan akan mengubal undang-undang khas untuk vape? Kita tunggu dan lihat. Sementara itu, terus “Vape ON”.

BACA: Lelaki Ini Mampu Membayar Hutang Dengan Hasil Jualan Vape Secara Majoriti

P/S: Leonardo DiCaprio pun turut support “vape on”