Walaupun rekaan Virgil Abloh sering kali dijadikan inspirasi oleh jenama yang ada di seluruh dunia, namun Virgil sendiri tidak terlepas daripada dakwaan ‘meniru’ rekaan pereka fesyen daripada luar.

Dalam perkongsian gambar oleh laman Instagram Diet Prada, persamaan yang jelas boleh dilihat pada koleksi terbaru Off-White™ apabila ada antara rekaan yang dipersembahkan mirip rekaan seorang pereka fesyen muda, Punkzec.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BqzZ0zzBas8/

Satu lagi rekaan dikatakan mengambil inspirasi daripada jenama dari Manchester, Gramm. Sekali pandang memang nampak hampir serupa tetapi untuk versi Off-White™, ianya hadir dengan corak yang berbeza. Diet Prada sememangnya sangat vokal dalam mencari dan mengkritik kesalahan yang ada dalam dunia fesyen dan tiada jenama yang selamat daripada pemerhatian Diet Prada.

Setiap rekaan yang wujud dalam dunia ini mempunyai sumber inspirasi dan Virgil juga tidak terlepas daripada menjadikan rekaan pereka fesyen lain sebagai inspirasi untuk koleksi beliau. Mungkin ianya hanya satu kebetulan? Hanya Virgil sahaja yang tahu.