Enam kali gagal berniaga. Suatu ketika dahulu duit beliau hanya berbaki RM2.50 di dalam akaun bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah dan tidak mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar semata-mata mahu mengejar impian.

Beliau ialah Ritesh Agarwal, pemuda India berusia 26 tahun yang menjadi billionaire hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms yang menjalankan perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.

Cropped-1573469737K20191111 Ritesh Agarwal

Tak ramai usahawan muda yang ada jiwa seperti Ritesh Agarwal, beliau tahu apakah yang beliau mahu dan kejar. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Beliau berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti.

Beliau memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.

Bisnes ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita tidak sangka dan jangka boleh terjadi. Tiada siapa yang boleh mendakwa cara beliau yang paling berkesan atau berhasil.

Ada businessman boleh buah RM1 juta setahun, ada yang boleh buat RM10 juta sebulan. Akan tetapi Ritesh Agarwal boleh buat $1 billion (RM4.19 bilion) dalam masa enam tahun. Berniaga hal yang tidak dapat diramal keadaannya. Ia bukan bergantung kepada kepandaian semata-mata, tetapi usaha dan kebijaksanaan. Siapa rajin dan bersungguh-sungguh akan menang.

735848-agarwalritesh-092618

Siapa sangka budak yang berusia 13 tahun bernama Ritesh Agarwal ini dulunya penjual kad SIM dan tinggal di bandar kecil yang terkenal dengan daerah kemiskinan tanpa kelengkapan canggih akhirnya boleh jadi billionaire termuda selepas Kylie Jenner? Apakah kekuatannya sehingga boleh berjaya sedemikian rupa? Beliau jawab mudah, “kerja kuat”.

Asal kejayaan Ritesh Agarwal bermula daripada idea yang kecil iaitu perasaan kecewa terhadap perkhidmatan hotel bajet yang kotor dan mahal di India.

Beliau melihat masalah sebagai peluang untuk mencapai impiannya, bukan untuk menjadi billionaire tetapi untuk menyelesaikan masalah orang berkelana seperti dirinya yang sangat memerlukan penginapan atau hotel bajet dengan harga murah dan kebersihan yang standard. Terkini, beliau mempunyai 43,000 buah rangkaian hotel di serata dunia.

Oyo-Rooms-Indonesia (1)
Sumber: tech in asia indonesia

Ritesh Agarwal tahu kebersihan adalah produk yang sangat dituntut oleh semua orang. Kebersihan adalah masalah utama yang terdapat di hotel-hotel di seluruh negaranya dimana beliau menawarkan penyelesaian sekaligus menjadi resipi kejayaan beliau.

Untuk bergelar jutawan selesaikan dahulu RM 1 juta masalah orang dan sekiranya ingin menjadi billionaire, selesaikan dahulu RM 1 billion masalah orang. Lagi banyak kita menyelesaikan masalah orang, lagi berkembang perniagaan kita.

160076168
Sumber: Booking

Dalam bisnes banyak perkara yang kita tidak sangka sebenarnya boleh menjadi produk perniagaan yang laris. Kita selalu memikirkan hal-hal yang besar apabila mahu memulakan perniagaan, sedangkan tujuan sesuatu perniagaan adalah menyelesaikan masalah asas manusia terlebih dahulu. Carilah masalah orang dan selesaikannya, itulah namanya perniagaan.

Sebaris kata Ritesh Agarwal, “Nasihat saya kepada orang lain dalam situasi yang sama adalah untuk mempercayai naluri seseorang, bersifat terbuka untuk belajar dan mengembang dan yang paling penting adalah mengelilingi diri anda dengan mereka yang sentiasa dipenuhi idea atau wawasan”.

Ketahui lebih lanjut bagaimana OYO mampu menjadi rangkaian hotel dunia dalam tempoh 6 tahun.

Bagaimana OYO Mampu Menjadi Rangkaian Hotel Terbesar Dunia Dalam Tempoh 6 Tahun

Wanita Di Malaysia Peroleh Pendapatan Sebanyak RM159 Juta Dengan Airbnb