Hari ini penjualan suplemen dan produk kosmetik di Malaysia semakin berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Namun rata-rata produk yang dikomersilkan tidak mempunyai kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebgai Bonda Rozita yang juga merupakan pengasas jenama Sendayu Tinggi berkongsi perjalanan beliau dalam membangunkan jenama tersebut sehingga menjadi salah satu produk tempatan yang dipercayai semenjak dahulu lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bm-DCk-gAHj/

Beliau berkongsi satu gambar beliau bersama seorang penyelidik mikrobilogi, Prof Dr Teow Sun Siew yang membantu beliau untuk menghasilkan kandungan atau komposisi herba yang selamat untuk digunakan sebagai bahan utama produknya. Tambahnya lagi, beliau bersama anaknya Noor Hayati atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi mengembara sehingga ke luar negara untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai herba dan produk kosmetik.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil kerana beliau ingin memberikan keberkesanan kepada pengguna produk beliau dan memastikan produk tersebut tidak memberi kesan negatif terhadap organ dan buah pinggang pengguna. Beliau tidak mahu menjaddi pengusaha produk yang tidak berilmu sehingga memudaratkan kesihatan pengguna.

“Kalau saya tidak mahu meninggal dunia disebabkan membazir wang untuk membeli atau salah membeli produk, tentu sahaja pengguna berfikir perkara yang sama”, katanya dalam caption gambar tersebut.

Untuk pengetahuan, pengguna boleh mengesahkan status kelulusan KKM sesuatu produk dengan melayari portal Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).