Umum pasti sudah tahu tentang kisah atlet sukan skateboarding (papan luncur) negara yang pertama kali bertanding untuk kejohanan besar di Sukan Asia Indonesia.

Secara tiba-tiba, ramai yang menjadi pro dan memberi komen negatif terhadap persembahan adik Fatin Syahirah. Jika sebelum ini Pa’din Musa dan Joe Ipoh menyatakan sokongan terhadap adik Fatin, kini seorang lagi ‘otai’ dalam sukan skateboarding tempatan bersuara tentang isu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wan Kedah menerusi tulisan panjangnya di Facebook menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh netizen terhadap persembahan adik Fatin. Wan berkata di dalam komuniti skaters di Malaysia, tiada yang mengecam adik Fatin malahan memberi 100% sokongan kepada adik Fatin.

Wan menambah, jika anda mengenali adik Fatin secara dekat, skil beliau lebih hebat berbanding mana-mana skaters lelaki yang ada di Malaysia. Gugup di aksi pertama peringkat antarabangsa adalah perkara biasa. Lagi-lagi beliau baharu berusia 16 tahun.

Beliau juga menjawab bahawa adik Fatin layak untuk mewakili negara selepas lulus melalui saringan persatuan Malaysian Extreme Sports Association (MESA) dan tiada ‘kabel’ digunakan.

Menjawab isu sukan skateboarding menghabiskan duit Kementerian Belia Sukan (KBS), Wan menerangkan skateboarding adalah sukan baru yang dimasukkan dlm Asian Games dan juga Olimpik di Tokyo pada 2020. Jadi kesemua atlet Malaysia adalah dalam kategori atlet kategori B.

Kategori itu adalah atlet yg belum ada profil atau pencapaian tinggi dlm ranking dunia atau Asia atau mana-mana sukan Olimpik. Semua atlet kategori B yang bertanding di kejohanan luar adalah di bawah tanggungan sendiri baik daripada segi penerbangan, penginapan dan yuran pertandingan.

Apabila dikatakan jurulatih tidak bagus, netizen sekali lagi silap kerana jurulatih yang dilantik adalah Joe Ipoh, skateboarder yang disegani dalam scene skateboarding tempatan. Tiada isu jurulatih tidak bagus dalam hal ini.

Wan juga meluahkan rasa kecewa dengan cara pengulas sukan membuat ulasan ketika aksi adik Fatin. Wan turut menambah pengulas Indonesia lebih banyak menyatakan sokongan dan kata-kata semangat di sepanjang aksi adik Fatin.

Wan menutup tulisannya dengan berkata komuniti skateboarding Malaysia memberi 100% sokongan kepada atlet negara yang mewakili negara di Sukan Asia 2018.

Moga tulisan ini menjadi eye opener buat rakyat Malaysia memandang sukan ini dengan lebih serious kerana jika persediaan rapi dibuat, pingat emas mungkin disumbangkan atlet negara di temasya Olimpik Tokyo 2020 nanti.