Pencipta siri kartun megahit Nickelodeon ‘Spongebob SquarePants’, Stephen Hillenburg telah meninggal dunia di usia 57 tahun akibat penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana penyakit ini menyebabkan kematian neuron yang mengawal otot di dalam badan.

Beliau telah banyak menulis, menghasilkan dan mengarahkan karya SpongeBob SquarePants yang mengembirakan setiap generasi anak-anak dan keluarga di setiap pelosok dunia. Siri SpongeBob SquarePants membuat kemunculan pertama di kaca televisyen pada 1 Mei 1999.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Watak-watak dalam animasi SpongeBob SquarePants dan dunia Bikini Bottom akan sentiasa diingati penonton dengan penyampaiannya yang bersahaja sambil menerapkan nilai optimisme, persahabatan dan daya imaginasi yang tidak terbatas.

Terlalu ramai orang yang bersedih atas pemergian beliau di dalam dunia hiburan ini kerana banyak budi dan jasa yang telah beliau curahkan dalam memberikan kegembiraan kepada seseorang individu pada zaman kanak-kanak mahupun dewasa.

Tiada lagi karya baru yang akan dihasilkan dalam siri SpongeBob SquarePants, namun sumbangan beliau telah banyak diperolehi oleh rata-rata masyarakat yang menonton siri SpongeBob di seluruh negara.

Sumber