Dua startup terkenal di Indonesia iaitu bukalapak.com dan hijup.com rupa-rupanya dipelopori oleh sepasang suami isteri muda bernama Achmad Zaky dan Diajeng Lestari.

Baca: Bagaimanakah Memulakan Startup?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Achmad Zaky merupakan pengasas Bukalapak, sebuah platform e-dagang yang dibina pada tahun 2010. Setahun selepas itu, isterinya, Diajeng Lestari menubuhkan platform jualan dan editorial untuk fesyen Muslim iaitu HijUp. Kini, Bukalapak menerima 2 juta sehari pengunjung dan HijUp menerima lebih 500,000 pengunjung setiap bulan.

Startup BukaLapak

bukalapak

Bukalapak yang bermaksud “buka kedai” di Indonesia ini telah dibangunkan oleh Achmad Zaky sewaktu dia masih di universiti lagi. Dia tidak menyangka permulaan sebuah hobi ini telah bertukar menjadi salah satu laman e-dagang terbesar di Indonesia dengan capaian trafik 2 juta sehari.

Achmad Zaky mempunyai cita-cita yang besar terhadap Bukalapak yang beroperasi mirip kepada eBay. Apatah lagi 50 juta orang Indonesia melayari Facebook setiap hari. Itu petanda satu potensi yang besar. Dia turut menjadikan platform e-dagang China, Alibaba sebagai contoh buat Bukalapak.

“Alibaba adalah kelas yang sama berbanding dengan Weibo atau Facebook,” katanya. “Saya percaya pemain Indonesia, dan terutamanya Bukalapak, akan pergi ke arah itu.” ujar Achmad Zaky lagi.

Startup HijUp

hijup

Jika anda tidak puas hati atau ada rasa kelompongan di dalam sesuatu hal, ambil tindakan proaktif dengan menyediakan solusi kepada hal tersebut tanpa menunggu atau mengharap kepada orang lain.

Itulah yang telah mendorong Diajeng Lestari menubuhkan HijUp apabila berasa kecewa kerana tidak banyak pilihan untuk muslimah berhijab sepertinya bergaya. Tambahan pula, kesesakan lalu lintas yang mencengkam trafik di Jakarta adalah sangat teruk. Jadi tidak mudah untuk keluar membeli-belah.

Dia mengutarakan idea kepada suaminya Achmad Zaky yang ketika itu sedang menjaga operasi Bukalapak. Achmad menasihatkan Lestari untuk memulakan sesuatu di internet dan dari situ lahirlah HijUp.

“Sasaran pasaran kami adalah saya: Seorang wanita Islam, moden, kosmopolitan,” kata Lestari. Beliau percaya media Barat hanya menggambarkan satu imej wanita Islam sahaja. “Kami memakai semua hitam, memakai burka… Terdapat pasaran di sana untuk seorang wanita Islam yang agak moden, sederhana dan berfikiran terbuka.”

Saiz potensi pelanggan HijUp adalah signifikan dan sangat besar walaupun sasaran mereka sangat spesifik kerana Indonesia mempunyai lebih daripada 205 juta Muslim dan 1.7 billion Muslim di seluruh dunia.

Situasi Startup Di Indonesia

Indonesia adalah salah sebuah negara yang sesuai menjadi hub untuk startup dibina dengan populasinya mencecah 255 juta orang dan peningkatan penggunaan internet di kalangan warganya dari hari ke hari.

Dengan jumlah populasi itu, ia boleh menyalurkan berjuta-juta orang sebagai potensi pelanggan startup. Disebabkan itu juga salah satu sebab startup dari Indonesia hanya fokus ke atas Indonesia kerana ia mempunyai pasaran yang besar.

Menurut Zaky, dia percaya tiga tahun akan datang Indonesia akan mempunyai 150 – 170 juta pengguna internet dan ada banyak pesaing dari Jepun, China, Jerman tetapi startup Indonesia akan menang sebab sangat faham dan kenal dengan Indonesia berbanding pemain yang lain.

Tapi agak sukar untuk berkembang melepasi sempadan negara. Ia satu cabaran yang besar buat startup Indonesia kerana mereka tidak begitu memahami pasaran global. Inilah yang dijangkakan oleh Zaky tentang startup Indonesia untuk 20 tahun akan datang.

Cabaran Bagi Startup Indonesia

Zaky dan Lestari bersetuju bahawa salah satu cabaran terbesar bagi startup Indonesia adalah mencari bakat. Kebanyakan graduan bekerja dengan syarikat-syarikat besar seperti bank, minyak dan perlombongan.

Baca: CEO Slack Dedahkan Budaya Kerja Yang Beliau Kagumi

“Kita perlu tukar minda graduan.”…”Lihat pada startup, anda akan dapat peluang yang lebih baik. Ya, ia berisiko tinggi, tetapi ia lebih baik (budaya)… Kita ada ramai graduan sains komputer, tetapi mengubah minda mereka itu adalah sukar.” kata Zaky.

Lestari menambah, “Kita ada bakat, tetapi mereka lebih memilih untuk bekerja di luar negara.”…”Cabarannya ialah bagaimana mahu menarik bakat di luar negara dan dalam Indonesia untuk menyertai peluang baru ini.”

Nasihat Buat Startup Yang Mahu Bertapak Di Indonesia

“Jadilah seperti orang tempatan” adalah nasihat oleh Zaky buat startup orang asing yang mahu menerokai pasaran Indonesia. Selain itu, buatlah produk terbaik yang diperlukan oleh orang seluruh dunia, ia akan turut relevan di Indonesia. WhatsApp dan Facebook adalah dua contoh terbaik yang telah melakar kejayaan di Indonesia.

Nasihat kedua ialah lebih melihat kepada penggunaan telefon pintar. Ini kerana orang ramai lebih cenderung membeli telefon pintar berbanding McDonald atau KFC. Ia adalah satu peluang yang besar dan kerana itu juga Bukalapak berkembang dengan sungguh pantas apabila 70% trafik adalah dari telefon pintar.

“Saya fikir ini adalah peluang besar dan kerana itu juga Bukalapak berkembang dengan sungguh pantas, kerana telefon pintar berkembang dengan begitu gila sekali.” kata Zaky.

“95% pengguna internet Indonesia akan menggunakan telefon pintar pada 3 tahun akan datang, itulah jangkaan saya.” tambah Zaky lagi.

Baca: Bagaimana Syarikat T-Shirt Ini Mengkayakan Pelanggan

Zaky dan Lestari percaya ekosistem startup di Indonesia berada pada tahap yang memberangsangkan dan venture capitalists mula mengambil tahu, seperti firma pelabur Amerika yang terkenal, 500 Startups, yang juga telah melabur sejumlah wang yang tidak didedahkan dalam Bukalapak dan HijUp.

“Bilangan usahawan sedang berkembang, pasaran sudah bersedia dan saya rasa ia adalah masa untuk membawa Indonesia ke tahap yang seterusnya.” kata Zaky.

Temubual ini dijalankan oleh Mashable Australia sewaktu Achmad Zaky dan Diajeng Lestari hadir ke konferens startup SydStart di Australia pada 29 Oktober yang lalu.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber