Umum tahu sejak pandemik COVID-19 menyerang negara, industri hartanah antara yang terkesan berikutan kegagalan untuk mendapatkan pembeli baharu menerusi rumah yang dibina.

Berdasarkan isu yang berlaku, pengasas serta pengarah kumpulan Mah Sing Group Bhd iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum berharap pihak kerajaan mampu menawarkan insentif tambahan sempena Budget 2021 bagi meringankan beban pembeli rumah pertama.

Screenshot-2019-06-11-at-6.02.37-PM
Tan Sri Leong Hoy Kum. Sumber: iProperty

Menerusi cadangan yang diumumkan, beliau berharap pihak kerajaan mampu menawarkan pinjaman perumahan sehingga 45 tahun berbanding tempoh pinjaman 35 tahun sedia ada.

Selain itu, dalam usaha untuk merancakkan industri hartanah serta mengurangkan beban pemaju rumah, Tan Sri Leong Hoy Kum turut berharap pihak kerajaan turut memberi mengurangkan kos tambahan serta kelonggaran menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H) yang membolehkan warga asing membeli rumah di Malaysia.

Setakat ini, cadangan yang diumumkan masih belum mendapat kata putus daripada pihak kerajaan. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan melalui Budget 2021 yang bakal dibentang pada 6 November ini.

Sebelum ini, pihak kerajaan pernah memaklumkan terma baharu jual beli rumah tidak lagi membenarkan pembeli tuntut saman ganti rugi daripada pemaju.

Terma Baharu Jual Beli Rumah Tidak Benarkan Pembeli Tuntut Saman Ganti Rugi Daripada Pemaju

Pemaju Risau Pembelian Hartanah Di Pulau Pinang Merosot Kerana COVID-19

 

Sumber