Pengasas syarikat super car elektrik Tesla, Elon Musk secara peribadi membatalkan pesanan kereta terbaru syarikat itu, Tesla X terhadap seorang pelanggannya. Pelanggan itu adalah seorang blogger yang menulis sesuatu yang tidak enak terhadap Musk.

Blogger itu, Stewart Alsop mengkritik Elon Musk kerana majlis yang dibuat Elon Musk tidak lancar dan Stewart yang memandu lebih dua jam untuk ke majlis itu terpaksa menunggu lama kerana majlis itu berlangsung tidak mengikut jadual. Tambahan pula, Musk tidak langsung memohon maaf tentang kejadian itu.

gallery-1443618106-tesla-x-1

"Ianya teruk apabila perancang majlis anda tidak tahu untuk mengawal majlis - yang mereka kata majlis pelancaran Model X. Memulakan majlis pada jam 8.50 malam yang sepatutnya bermula jam 7.00 malam adalah sungguh tidak dapat diterima, lebih- lebih lagi tetamu anda adalah pelanggan anda! Dan kamu tidak langsung menghargai masa tetamu kamu," tulis Stewart di blognya.

Stewart turut membebel panjang di mana dia kesal tidak dapat memandu uji kereta berkenaan, malah tidak sempat untuk tengok kereta Tesla X itu secara lebih dekat. Dia juga turut mengkritik syarikat Tesla dengan mempersoal kecekapan syarikat itu melayan pelanggan-pelanggan mereka.

[caption id="attachment_50839" align="alignnone" width="728"]Model Tesla X Model Tesla X[/caption]

Stewart bagaimanapun tetap membuat tempahan untuk kereta berkenaan. Tetapi tempahannya itu dibatalkan oleh Musk. Berang dengan kejadian itu, Stewart menulis pula berkenaan dia di banned oleh Tesla. Dia menulis "Saya agak kecewa dengan Tesla. Sebelum ini saya pernah memulis tentang BMW X1 bertajuk 'My Car Makes Me Feel Stoopid' dan CEO BMW tidak pula ambil hati. Dan banyak artikel saya tulis menkritik produk, syarikat dan individu, tidak pernah saya di banned untuk berurusan dengan syarikat-syarikat tersebut!"

Jadi blogger ini sentap kerana kereta yang beliau tempah dibatalkan oleh Elon Musk. Tiada kenyataan balas dari Musk cuma melalui twitternya, beliau menulis, "Pastinya hari yang membosankan apabila berita saya tidak melayan seorang pelanggan yang biadap dibesar- besarkan."

Mungkin ada sebab khusus kenapa Elon Musk bertindak sedemikian. Siapa pun tidak tahu apa yang bermain di fikiran Musk ketika ini. Adakah tindakan Musk ini tidak profesional? Sorry seems to be the hardest word. Anda nilaikan sendiri.