Jika perlu memilih nama seorang individu yang giat membersihkan laut dan sungai di seluruh dunia, Boyan Slat adalah individu tersebut.

Boyan Slat adalah pencinta alam yang berasal dari Netherlands. Pada usia baru 20 tahun, beliau telah melancarkan The Ocean Cleanup; satu inisiatif untuk membersihkan laut dan juga sungai daripada pencemaran sampah terutamanya plastik.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, The Ocean Cleanup sudah membersihkan banyak lokasi di seluruh dunia. Dua hari lalu, salah satu kapal The Ocean Cleanup yang dikenali sebagai Intercepter 002 tiba di Malaysia.

Menurut perkongsian di laman Twitter rasmi miliknya, beliau nyata ‘terkejut’ dengan hasil pembersihan sebatang sungai di Malaysia. Menurutnya, antara barangan menarik yang dikaut oleh Intercepter 002 adalah beg tangan dan helmet. Beratus botol dan beg plastik pula adalah sampah lain yang turut dikaut oleh Intercepter 002.

Usaha The Ocean Cleanup membersihkan sungai dapat mengelakkan sampah terbuang ini daripada dihanyutkan ke laut. Apabila sampah-sampah ini sudah masuk ke laut, proses pembersihannya akan jadi lebih sukar dan turut akan memudaratkan hidupan laut.

Salah satu punca mengapa banyak sampah boleh ditemui di sungai adalah kerana ia telah menjadi ‘dumping ground’ buat penduduk tempatan dan tiada kesedaran untuk membuang sampah di saluran yang betul.

Diharap dengan kehadiran The Ocean Cleanup di Malaysia dapat membuka mata penduduk Malaysia tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan laut. Jika orang luar sayang kepada sungai dan perairan negara, mengapa tidak kita?

Haramkan penggunaan penyedut minuman plastik merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap single-use plastics. Sama-sama kita menyokong inisiatif ini.

Tiada Lagi Straw Plastik Di Selangor Selepas 1 Julai 2019

Malaysia Hantar Semula 3,300 Tan Sisa Plastik Import Ke Negara Asal

Lihat Bagaimana adidas Guna Plastik Terpakai Untuk Hasilkan Kasut Baharu

Anda Mungkin Suka