Pengasas Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai yang mempunyai sekitar 35% saham syarikat atau 2.8 bilion unit saham bakal menerina pulangan dividen yang luar biasa pada suku ini, lapor Ekonomi Rakyat.

Top Glove sebelum ini mengumumkan dividen sebanyak 16.5 sen sesaham bakal menyaksikan Lim Wee Chai dijangka menerima sekitar RM490 juta dividen berikutan prestasi yang memberangsangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Faktor keuntungan yang didorong oleh situasi pandemik ini telah meletakkan beliau sebagai orang ketujuh terkaya di Malaysia. Dengan kekayaan beliau berdasarkan pegangan saham Top Glove bernilai sekitar RM19.35 bilion.

Selain beliau, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai 5.6% saham di Top Glove juga bakal menerima pulangan dividen dan dijangka menerima sekitar RM73.5 juta pulangan dari pelaburan ini.

Beliau yang bertanggungjawab menubuhkan Top Glove pada 1991 kini berjaya menambah kekayaan sebanyak RM13.7 bilion dalam masa setahun, walaupun dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Untuk rekod, Top Glove sebelum ini terpalit dengan beberapa isu kontroversi yang melibatkan hak asasi para pekerja. Ia mendapat perhatian di Amerika Syarikat selepas beberapa media antarabangsa melaporkan kes salah laku terhadap pekerja warga asing di Top Glove.

Terdahulu, dokumentari dari media antarabangsa memaparkan realitu sebenar pekerja warga asing di Top Glove. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Tak Jaga Kebajikan Pekerja, Kerajaan Buka 19 Kertas Siasatan Terhadap Top Glove

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab