Sebuah kenyataan yang berani dikeluarkan oleh CEO kepada Twitter dan Square iaitu Jack Dorsey. Berdasarkan temuramah beliau bersama The Times baru-baru ini, beliau sangat positif dengan perkembangan bitcoin.

Kenyataan beliau dilihat sangat yakin apabila beliau menjangkakan bitcoin bakal menjadi matawang utama pengguna 10 tahun daripada sekarang iaitu menjelang 2028. Meskipun idea ini dilihat kurang realistik bagi orang ramai, CEO Twitter ini masih yakin dengan kripto wang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

t-jack-dorsey-john-huba-april-2011

Berdasarkan beberapa laporan lain, Jack Dorsey sememangnya merupakan peminat kepada bitcoin dan turut melabur sebahagian asetnya di dalam bitcoin.

Meskipun beliau merupakan individu berpengaruh, ramai yang beranggapan kenyataan beliau hanyalah sekadar spekulasi untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap bitcoin sekaligus meningkatkan nilai kripto wang ini.

REC_HDOMBEY_CC3_20161206_200814_8146_X3.0

Bagaimana pula dengan anda? Yakinkah anda dengan idea untuk menjadikan bitcoin sebagai matawang utama dalam jangka masa 10 tahun akan datang?

Sumber