Siapa sangka individu yang diberi kepercayaan untuk menjaga barang bernilai di sebuah galeri seni di Rusia menbuat onar dengan menconteng sebuah lukisan berharga di galeri tersebut.

Lebih mengejutkan, perbuatan vandalisme tersebut dilakukan oleh pengawal keselamatan tersebut pada hari pertama beliau bekerja di galeri tersebut. Perbuatan tersebut dilakukannya kerana berasa ‘bosan’ ketika sedang bertugas di galeri berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘Three Figures’ karya pelukis Anna Leporskaya itu dilukis sekitar tahun 1932 dan 1934, telah diinsuranskan pada harga USD1.3 juta (~RM5.4 juta). Lukisan berkenaan adalah salah satu lukisan yang sedang dipamerkan di Boris Yeltsin Presidential Center, Ekaterinburg.

Lukisan berkenaan asalnya mempamerkan figura 3 bentuk badan manusia tanpa wajah. Pengawal berkenaan yang ‘gatal tangan’ telah melukis mata pada lukisan tersebut dengan menggunakan pen.

Alexander Drozdov, pengarah di galeri berkenaan tidak menamakan pengawal tersebut dan dia bekerja dengan syarikat keselamatan swasta dan dilaporkan telah dipecat oleh syarikat tersebut. “Motif beliau berbuat demikian masih tidak lagi diketahui tetapi ia satu perbuatan yang tidak masuk akal,” kata beliau.

Menurut pakar lukisan yang memeriksa lukisan tersebut, mereka sedikit lega kerana lukisan mata itu tidak terlalu dalam dan masih boleh dibaik pulik.

Namun, kos baik pulih itu dijangka bakal menelan belanja sekitar USD4,600 (~RM19,263). Pihak polis telah membuka siasatan terhadap kes ini dan pegawai keselamatan berkenaan mungkin berdepan denda atau dipenjarakan sehingga 3 bulan jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, seorang artis ternama telah menghantar lukisan kosong ke sebuah muzium di Denmark walaupun sudah menerima bayaran RM345,000. Baca lagi pada pautan di bawah.

Artis Cuma Hantar Dua Lukisan Kosong Selepas Terima RM345,000 Daripada Muzium Di Denmark

Guna Karya Seni Tanpa Izin Pelukis, Salt Bae Disaman RM20 Juta

IKEA Silap Cetak Beg, Kata ‘Alamak’ Dan Jadikannya Beg Edisi Khas

Sumber