Satu video berdurasi 44 saat viral di media sosial dengan seorang pengawal keselamatan warga asing dari Nepal telah dipukul oleh seorang lelaki warga tempatan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Malaysia ini telah menaikkan kemarahan warga Nepal dan telah mendapat perhatian kedutaan Nepal di Malaysia.

Di dalam video tersebut, seorang lelaki berbaju biru telah bertindak memukul warga asing tersebut dengan kayu cota. Selain itu, lelaki warga tempatan tersebut turut menumbuk muka dan bahagian badan pengawal keselamatan tersebut.

“Kedutaan Nepal, Kuala Lumpur mengambil maklum dengan satu video yang viral di media sosial baru baru ini mengenai serangan terhadap pengawal keselamatan di Malaysia.

“Laporan polis telah dimulakan untuk siasatan lanjut. Kedutaan mengalu-alukan sebarang maklumat tambahan mengenai kejadian ini melalui alamat e-mel kami [email protected] atau nombor hotline kami 0162472777,” kata kenyataan yang dimuat naik oleh Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur.

Sejak berita ini dimuat naik, masih belum ada apa-apa laporan terbaharu mengenai kejadian tersebut. Kebanyakan orang ramai masih berteka teki di mana kejadian ini berlaku dan siapakah lelaki warga tempatan yang bertindak mendera pengawal keselematan tersebut.

Terdahulu, satu syarikat pengeluar Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) telah ditunduh bersifat menekan dan tidak menjaga kebajikan warga asing. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Warga Tempatan Dalang Disebalik Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan COVID-19 Untuk Warga Asing

Sistem Imigresen Tergendala Lebih 4,000 Kali Antara Punca 214,398 Warga Asing Tiada Rekod Keluar Malaysia