Baru-baru ini, syarikat produksi Seoul Broadcasting System (SBS) baru sahaja menganjurkan majlis anugerah tahunan yang dikenali sebagai Entertainment Awards Show. Ekoran pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa, hanya selebriti yang terlibat sahaja yang hadir ke majlis tersebut.
Hal ini merupakan salah satu cara pihak syarikat produksi untuk mengendali standard operating procedure (SOP) penjarakan sosial bagi mengelakkan virus itu dari menjangkiti mereka yang hadir ke majlis.
Majlis tanpa penonton merupakan sesuatu yang biasa malah, sesetengah program di Malaysia juga turut mengamalkannya. Akan tetapi, terdapat beberapa langkah yang diambil syarikat tersebut yang berjaya mencuri perhatian penonton.
Sebagai contoh, kesemua selebriti yang hadir ke majlis telah disediakan dengan satu pelitup muka yang direka khas. Apa yang menariknya ialah, separuh wajah selebriti tersebut dicetak dan dipaparkan dihadapan pelitup muka masing-masing.
Another highlight on 2020 SBS Entertainment Awards😂
Self face mask prepared for the attendees! #YooJaeSuk #BaekJongWon #KimHeeChul #KimJongKook #SongJiHyo pic.twitter.com/kCAFR93UQE
— GOKPOP (@goKPOP) December 19, 2020
Oleh kerana pemakaian pelitup muka merupakan salah satu SOP ketat yang harus sentiasa dipatuhi, sukar bagi penonton untuk melihat ekspresi selebriti kesukaan mereka. Oleh itu, SBS mengambil inisiatif untuk mencetak separuh muka para selebriti yang hadir ke pelitup muka mereka.
Inisiatif SBS tersebut ternyata mencuit hati para penonton. Ini kerana, memandangkan ianya adalah pelitup muka dan bukannya wajah selebriti itu sendiri, tak semua gambar yang digunakan di pelitup muka tersebut kena dengan wajah selebriti tersebut. Ada yang gambarnya terlebih panjang, ada yang ‘dagu’ nya terlebih tajam.
Melihat kepada imej yang dipaparkan, sudah pasti ianya menjadi bahan jenaka oleh para peminat.
Sbs entertainment awards 2020 hddhhs what is this pic.twitter.com/GfjKNw5sDM
— sad cloud (@harunocloud) December 19, 2020
The new normal at the 2020 SBS Entertainment Awards. pic.twitter.com/s6zxH4lXAm
— 🐰 (@S0UTHTHTH) December 19, 2020
Selain daripada pelitup muka yang direka khas, setiap kumpulan selebriti juga diasingkan dengan pembahagi plexiglass bagi memaksimumkan keselamatan.
Turut mencuri perhatian ialah kreativiti program tersebut dalam menyerahkan anugerah. Jarak antara pemberi anugerah dan pemenang adalah dua meter dan mereka tidak menyerahkan anugerah tersebut dengan tangan, sebaliknya mereka menggunakan sebuah alat untuk menyerahkan anugerah tersebut kepada pemenangnya.
THIS IS HOW THEY GIVE THE AWARD AT THE SBS ENTERTAINMENT AWARDS 😭😭 pic.twitter.com/YF8TGk68yU
— krysten ‧₊✜˚. (@TXTOFFlCIAL) December 19, 2020
Selain itu, seorang petugas khas turut juga ditempatkan di atas pentas untuk proses sanitasi trofi dan juga alat penyerahan trofi sebelum ianya diserahkan kepada pemenang.
Bagaimanapun, tiada apa yang sempurna kerana walaupun pengawalan ketat telah dilakukan bagi proses penyerahan anugerah dan pengasingan selebriti, para selebriti tidak ditegaskan untuk mengekalkan pelitup muka mereka ketika mengambil anugerah dan berucap.
Tambahan lagi, mikrofon yang digunakan juga tidak disanitasi sekerap trofi dan alat penyerahan anugerah walaupun ianya sering digunakan.
sbs entertainment awards out of context pic.twitter.com/F54MSCoQLq
— asyifa☁️ (@flowingcherish_) December 19, 2020
SBS entertainment awards should give itself an award for this amount of entertainment too pic.twitter.com/Ycy3YNUxc4
— KK Slider #OneReeler📽 #UncannyCounter (@secretyena) December 19, 2020
Walau bagaimanapun, kreativiti dan pengawalan ketat dalam pengendalian SOP oleh pihak SBS wajar menerima pujian walaupun terdapat beberapa perkara yang mungkin tidak sengaja dilepas pandang. Para penonton khususnya sangat teruja dengan kreativiti yang dtitonjolkan.
Untuk membaca kisah-kisah yang tular di media sosial baru-baru ini, klik saja pada pautan di bawah.
Ditegur Netizen Kerana Lawak ‘Parut Kelapa’, Shuib Tampil Mohon Maaf
Ratusan Peminat Beratur Sejak Pagi Sempena Pembukaan Uniqlo ‘Roadside Store’