Tular sebuah gambar di mana kerajaan British didakwa melakukan layanan dua darjat terhadap sesetengah pemimpin dunia, terutamanya pemimpin dari benua Afrika.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Dalam satu hantaran yang tular di media sosial, kelihatan beberapa pemimpin dari Afrika diminta untuk menaiki bas semasa ke acara pengebumian Ratu Elizabeth II.

Gambar yang dimuat naik oleh akaun Twitter, NUAMAHONLINE.COM itu membandingkan layanan kelas pertama diberikan kepada pemimpin Amerika Syarikat dengan pemimpin dunia yang lain, termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut kelihatan di dalam gambar.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

“Presiden AS Joe Biden dibenarkan berada di istana Buckingham bersama konvoinya manakala pemimpin lain yang kebanyakannya warga Afrika disumbat dalam bas. Perhambaan masih berlaku,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut tular di Malaysia disebabkan sekeping gambar yang menunjukkan YDPA turut berada di dalam bas tersebut.

Kebanyakan mereka merasakan bahawa layanan seperti itu tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana pemimpin dunia.

“Mentang mentang laa pemimpin pemimpin afrika ni berkulit hitam, bas sani express lagi mewah kot daripada bas dia bagi ni. Depa layan macam hamba je, cukop anti betol ayah dengan bangsa berlagak ni,” kata salah seorang pengguna Facebook.

Ratu Elizabeth II telah meninggal dunia selepas 70 tahun berkhidmat sebagai Raja, dengan negara itu kini berkabung secara rasmi.

Ratu menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi ahli keluarganya di estet Scotland tercintanya, Balmoral.

Diusia 96 tahun, beliau telah menempuh pelbagai siri sejarah, melihat pelbagai perubahan dalam tampuk pemerintahan dan memegang rekod sebagai ratu paling lama memerintah.