Lembaga Penapis Filem (LPF) melaporkan bahawa keputusan untuk membatalkan tayangan filem animasi ‘Lightyear’ di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd yang menolak untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh LPF.

Menurut laporan Bernama, filem ‘Lightyear’ yang menceritakan mengenai pengembaraan seorang renjer angkasa telah diluluskan oleh LPF pada 30 Mei lepas untuk ditayangkan di Malaysia dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun The Walt Disney tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010,” katanya.

Berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, aspek-aspek yang akan dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, dan ketertiban serta ketatasusilaan.

Menurut kenyataan itu, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

LPF juga bertegas tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Sebelum ini, filem Lightyear dilaporkan tidak akan ditayangkan di 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia kerana mengandungi babak berunsur budaya songsang LGBT.

Pihak Pixar pernah memadam filem Toy Story 2 minggu sebelum tayangan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pihak Pixar Pernah ‘Memadam’ Filem Toy Story 2 Dua Minggu Sebelum Tayangan