Dengan nilai Bitcoin yang tinggi ketika ini, salah satu pengedar kereta jenama Proton di Seri Kembangan merasakan ianya satu idea yang baik untuk menerima matawang kripto Bitcoin untuk menjual kereta yang ada di kedainya.

Pengedar berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Tony merasakan ianya masa yang baik untuk menerima wang kripto ini untuk menjual kereta. “Sejak saya menerima matawang Bitcoin ini untuk menjual kereta, saya menerima banyak pertanyaan dan permintaan untuk membeli kereta dengan Bitcoin,” terang Tony kepada pihak Malay Mail.

Tony menambah beliau menerima penambahan 10 hingga 20 orang sehari berkenaan pelanggan yang tertarik dengan servis ini dan berkata ini adalah salah satu cara beliau untuk meningkatkan jualan di cawangannya.

proton bitcoin

Namun, Pihak Proton Holdings sama sekali tidak bersetuju dengan cara Tony. Buat masa ini, pihak Proton tidak menerima sebarang pembayaran dengan wang Bitcoin. Pihak Proton juga turut mengarahkan pihak Tony untuk menurunkan banner promosi berkenaan di cawangannya.

Walaupun sudah menurunkan banner berkenaan, Tony tetap meneruskan Bitcoin sebagai salah satu cara pembayaran di cawangannya. Menurut Tony, ini adalah salah satu inisiatif beliau untuk menambah jualan kereta Proton yang semakin suram sejak pengenalan GST.

Proton dalam satu kenyataan tidak mengiktiraf mata wang Bitcoin dan kini ‘menggantung’ sementara operasi cawangan berkenaan. Kalau anda ingin membeli kereta Proton dengan Bitcoin, anda boleh dapat nama cawangan Tony ini di sini.

Sumber