Disebalik harganya yang mahal, Apple iPhone X ternyata berjaya memperoleh permintaan yang tinggi daripada para peminat. Dalam pada itu, Apple yang sebelum ini dilaporkan gagal menawarkan kuantiti yang mencukupi berjaya menyelesaikan masalah ini dengan jayanya.

Antara komponen yang menjadi penghalang untuk memastikan iPhone X disiapkan dengan lebih cepat adalah antena dan komponen kamera daripada Sharp. Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan terbaru daripada KGI Securities, Apple iPhone X ternyata boleh didapatkan dengan lebih mudah dan cepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: BusinessInsider

Semuanya disebabkan beberapa syarikat yang menjadi pembekal model iPhone X meningkatkan jumlah pengeluaran sejak beberapa hari yang lalu. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang mendapatkan Apple iPhone X dengan lebih mudah.

Hasil tinjauan kami di beberapa tempat di Malaysia, kami dapati masalah kehabiasan stok tidak berlaku sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya tanpa perlu menunggu penjualan batch seterusnya.

Berdasarkan insiden yang berlaku, kami harap ini bukanlah sekadar bentuk pemasaran daripada syarikat-syarikat besar untuk mendesak pengguna mendapatkannya dengan lebih awal bagi mengelakkan masalah kehabisan stok.

Sumber