Jika sedekad yang lalu jenama-jenama seperti Nokia dan BlackBerry antara yang menjadi pilihan pengguna kini tidak lagi. Jenama BlackBerry yang dulunya gah dengan penawaran keyboard yang mesra pengguna dan BlackBerry Messenger (BBM) sudah mulai diganti dengan telefon pintar dengan skrin sesentuh.

Jenama ini dilaporkan sudah sampai ke penghujung setelah kerjasama bersama TCL Communications selaku penawaran model keluaran BlackBerry bakal ditamatkan pada 31 Ogos 2020 ini. Penamatan kontrak ini sekaligus tidak lagi memberikan hak buat TCL merekabentuk, mengeluarkan dan memasarkan model keluaran BlackBerry.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tcl-bb-tamat-950×534

Untuk pengetahuan, kehadiran TCL Communications sebelum ini memberi talian hayat buat jenama BlackBerry untuk terus hidup dengan penawaran model BlackBerry KeyOne, Key2 dan Motion.

Setakat ini masih belum terdapat diketahui sama ada terdapat jenama lain yang sanggup bekerjasama dengan BlackBerry bagi mengembalikan semula zaman kegemilangan jenama ini.

5dd313933afd37357f5a7705

Buat anda yang pernah menggunakan peranti daripada BlackBerry, pastinya jenama ini meninggalkan kenangan yang besar buat anda khususnya dengan penggunaan aplikasi BBM. Model-model seperti BlackBerry Curve dan BlackBerry Bold antara yang diingati pengguna sehingga kini.

Pada pertengahan tahun lalu, BlackBerry telah menamatkan sokongan BlackBerry Messenger sepenuhnya.

Aplikasi BlackBerry Messenger Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 31 Mei Ini

Lihat ‘Superbike’ Elektrik Hasil Kolaborasi Bersama BlackBerry