Sejak bermula sebagai cadangan daripada ahli politik, topik mengenai pengeluaran KWSP buat para pencarum sering menjadi isu hangat di kalangan ahli politik dan juga netizen.

Sekitar 10 hari yang lalu, pihak KWSP telah mengumumkan program i-Sinar iaitu pengeluaran wang daripada akaun 1 sebanyak RM9,000 buat dua juta ahli yang terjejas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarat serta kelayakan yang ketat membuatkan sejumlah besar netizen kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat. Tidak kurang juga ahli parlimen yang menyuarakan supaya program i-Sinar diperluaskan kepada sejumlah besar para pencarum.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz hadir dengan sebuah berita baik pada hari ini dengan mengumumkan pengeluaran wang melalui program i-Sinar telah diperluaskan kepada lebih lapan juta yang terjejas sama ada individu yang kehilangan kerja mahupun menerima pendapatan yang kurang pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, KWSP juga sedia membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 buat para pemohon. Mereka yang terkesan atau memerlukan wang boleh memohon secara talian atau datang ke pejabat KWSP untuk mengeluarkan wang melalui akaun 1 KWSP.

Pada awal November lalu, KWSP telah mengumumkan pembelian saham Top Glove sebanyak 13.2 unit. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 2 Mulai April

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000