Umum mengetahui bahawa pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikreditkan secara berperingkat mulai semalam. Perkara itu telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, akan ada sindiket perjudian yang mengambil kesempatan terhadap individu yang membuat pengeluaran KWSP.

Oleh itu, individu yang menerima kelulusan pengeluaran khas KWSP diingatkan agar tidak terjebak dengan sebarang aktiviti perjudian dalam talian dan gunakan wang tersebut bagi tujuan kebaikan.

Malah, diharap tiada individu terpengaruh dengan pinjaman wang tidak berlesen sehingga memberi kemudaratan. Menurut KWSP,  sebanyak 5.3 juta permohonan untuk Pengeluaran Khas diterima KWSP sejak dibuka pada 1 April lalu yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

Sementara itu, mungkin ada yang mahu mula membuat pelaburan emas. Kami kongsikan persoalan yang mungkin anda mahu tahu pada pautan di bawah. 

5 Persoalan Orang Ramai Sebelum Memulakan Pelaburan Emas

Pengalaman Hitam Skim Cepat Kaya Buat Saya Takut Dengan Pelaburan

Pelaburan Lain KWSP Dalam Dan Luar Negara Yang Rakyat Tidak Tahu

Sumber