YEEZY MAFIA baru-baru ini telah mendedahkan bahawa pihak adidas akan menghadkan pengeluaran Yeezy BOOST 350 v2 ‘Static’ versi pantul cahaya (reflektif) kepada 5,000 pasang sahaja di seluruh dunia tanpa sebarang perancangan untuk menambah stok yang sedia ada.

Impian Kanye West untuk menjadikan YEEZY tersedia kepada orang ramai telah menyimpang sama sekali dan warna reflektif ‘Static’ini bakal menjadi keluaran adidas x Yeezy paling terhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini hanya dikeluarkan dalam bilangan terhad dek kerana penghasilan bahagian atas kasut tersebut menggunakan kos yang lebih mahal berbanding model jenama 350 v2 yang lain.

Meskipun pengeluaran kasut tersebut dihadkan kepada 5,000 pasang ke seluruh dunia serta menggunakan material yang lebih mahal, harga runcit untuk kasut tersebut tetap sama dengan sebelum ini.

Tiada tarikh rasmi bila model ini akan dipasarkan oleh adidas. Anda siap sedia sahaja andai kasut ini masuk ke pasaran Malaysia.