Sebelum ini, kecoh apabila sistem ‘down’ di KLIA dan KLIA 2 sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas kerana tidak dapat menaiki penerbangan mereka. Malah, ada juga tular isu penerbangan ‘overbooked’ lalu terpaksa berdepan kepayahan untuk mendapatkan tempat duduk yang telah dibeli.

Lantaran isu terbabit, seorang pengguna Twitter @akram_haruka1 yang selalu menaiki penerbangan tambah murah AirAsia dan juga syarikat penerbangan lain telah berkongsi cara dia menangani isu-isu seperti itu dan mengatakan dirinya juga pernah berdepan isu yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsiannya, dia mengatakan bahawa dirinya tidak boleh ‘check-in’ kerana ‘overbooked’. Lantaran itu, dia yang mempunyai rakan serumah bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut disarankan untuk menukar jadual penerbangan di kaunter.

Tambahnya, dia telah ke kaunter penerbangan 3 jam awal daripada waktu penerbangannya tetapi kesemua penerbangan pada hari tersebut telah penuh dan penerbangan paling awal hanyalah pada keesokkan harinya.

Malah, dia tidaklah perbesarkan hal itu kerana dia hanyalah seorang dan disebabkan dia seorang maka dia minta untuk standby ‘no-show’ dimana jika ada yang tidak menaiki pesawat maka dia akan gantikan tempat penumpang terbabit.

Lantaran itu, dia juga mengatakan jika berlaku perkara seperti ini maka anda boleh mendapatkan pampasan sewajarnya. Antara pampasan yang boleh penumpang dapat adalah makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses internet.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan tempat penginapan untuk satu atau lebih jika diperlukan dan pengangkutan dari hotel dengan lapangan terbang.

Malah, anda juga boleh meminta ‘refund’ jika hal ini terjadi. Walau bagaimanapun, isu ‘overbooked’ ini sering terjadi dan ia boleh berlaku di mana-mana penerbangan pun tetapi janganlah panik. Semoga perkongsian lelaki ini bermanfaat untuk anda kelak.