Sekiranya anda pernah jejak kaki ke restoran McDonald’s di negara jiran, setiap cawangan pasti mempunyai menu yang serupa dengan apa yang ditawarkan di Malaysia kecuali untuk menu khas yang dikhaskan untuk sesebuah negara seperti McFlurry Durian.

Namun selepas menonton perkongsian oleh Drew Binsky ini, beliau telah berkunjung ke cawangan McDonald’s di Venezuela yang baginya teruk, tidak sama dengan cawangan di negara lain dan paling mahal di dunia. Definisi mahal pada Drew untuk McDonald’s ini adalah keupayaan penduduk negara tersebut untuk membeli set makanan di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengapa beliau berkata begitu? Menurut Drew, disebabkan nilai mata wang Bolivar yang tersangat rendah, satu set burger McDonald’s di Venezuela adalah sangat mahal. McDonald’s dikira makanan mewah bagi penduduk di sini.

Drew membayar 17,550,000 Bolivar untuk set burger dan nugget. Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia adalah sekitar RM23. Tetapi Nilai RM23 ini adalah sangat besar bagi rakyat Venezuela.

Berdasarkan info daripada laman Dialogo Americas, gaji bulanan minimun bagi penduduk di Venezuela hanyalah USD8 (~RM33).

Disebabkan kadar inflasi yang tinggi, wang kertas Bolivar juga kini tiada nilai dan dibiarkan dalam keadaan ‘bata’. Untuk membeli barangan harian juga memerlukan seikat duit kertas.

Drew Binsky 1
Duit yang tiada nilai di Venezuela

Drew juga terkejut apabila menu ikonik McDonald’s, Big Mac tidak ditawarkan di Venezuela. Rasa burgernya juga langsung tidak sama dengan McDonald’s di tempat lain walaupun lebih mahal.

Ada beberapa faktor mengapa tiada menu signature McDonald’s seperti Big Mac di Venezuela. Disebabkan hanya terdapat satu sahaja cawangan McDonald’s yang ada di Venezuela, kos untuk menghantar sos Big Mac dan segala bahan lain dari Amerika Syarikat adalah sangat tinggi.

Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan bahan-bahan tempatan sahaja untuk hasilkan set McDonald’s di Venezuela. Cuma dalam perkongsian Drew, hanya kentang goreng yang rasanya sama dan sedap untuk dimakan.

Hyper inflasi yang melanda Venezuela bermula pada tahun 2016 selepas negara tersebut berdepan krisis politik yang teruk. Jika kita rasa harga hidangan McDonald’s di Malaysia mahal, ingatlah rakyat di Venezuela perlu bayar sebulan gaji jika mahu makan di McDonald’s.

Ini pula beberapa artikel berkaitan McDonald’s. Baca lagi pada pautan di bawah.

Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal

‘Sold Out’ Di Serata Malaysia, Hello Kitty Carrier McDonald’s Ini Dijual Kembali Setinggi RM500

Mengapa McDonald’s Gagal Berniaga Di Iceland