Jika anda seorang ulat buku dan anda suka mengembara, pergi ke tempat ini jika anda ke Scotland. Terletak di Wigtown, Scotland kedai buku ‘The Open Book’ membolehkan anda boleh menyewa studio di atas kedai buku tersebut. Untuk 28 pound (Lebih kurang RM162) satu malam, tetamu boleh menikmati keindahan suasana luar bandar Scotland dan juga kehidupan sebagai pengurus kedai The Open Book.

Menurut catatan di Airbnb, ini merupakan konsep pertama di dunia di mana anda boleh duduk selama seminggu dua dan mereka beri anda kedai buku yang perlu anda uruskan bersama tetamu yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedai buku ini ditubuhkan oleh The Wigtown Festival Company, di mana penduduk tempatan mahu memberi pengetahuan dalam menguruskan bisnes kedai buku independent dan mereka mengalu-alukan orang dari seluruh dunia untuk datang ke Wigtown yang merupakan ‘Bandar Buku’ di Scotland untuk mencuba.

Selain tetamu perlu bergilir-gilir selama 40 jam seminggu untuk menjaga kedai berkenaan, tetamu akan diberi komputer riba, WiFi percuma dan basikal untuk memudahkan mereka mengembara dan menikmati suasana kampung. Jika anda berminat boleh cuba tempah di page Airbnb The Open Book.

Sambil-sambil anda berniaga tu, dapatlah mengenali orang tempatan. Manalah tahu dapat juga bertemu jodoh dengan orang di Wigtown.

the-open-book-airbnb-bookshop-travel-wigtown-scotland-2

TheOpenBook3

TheOpenBook4

TheOpenBook5

the-open-book-airbnb-bookshop-travel-wigtown-scotland-15

Sumber