Berhenti kerja dan kemudiannya travel, itulah yang telah dilakukan oleh Adib Haris Fadzilah kerana didorong oleh perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Ikuti perkongsian pengalaman beliau tentang bagaimana seorang yang gemar duduk minum kopi sambil membaca buku di rumah seperti beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar berkelana secara solo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

I have a dream to be a photographer and a traveler. So, I just made up my mind to f*** my job and go travel. Take as much photo as I can while I do that.

When I meet someone on the road, they will usually ask: “What do you do?” and I will tell them: ” I’m a world traveler and a photographer”. That would usually draw a lot of admiration – Adib.

travel-ke-mongolia-12

Kanak-kanak di Terelj National Park. Menyambut kami dengan keriangan di muka. Ahh.. miss those days.

Vocket: Hi Adib, terima kasih kerana sudi berkongsi di Vocket. Boleh berikan sedikit info latar belakang Adib seperti nama, umur, status perkahwinan, pendidikan dan kerjaya.

Adib: Sama-sama. Terima kasih kembali kepada The Vocket kerana sudi memberi ruang untuk saya berkongsi. Nama diberi Mohamad Adib bin Harith Fadzilah. Dikenali di alam maya dengan nama adib/artdeep/adibharith. Berumur 25 tahun.

Saya mengakhiri sesi pembelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS dalam Business Information System Sarjana Muda.

Pekerjaan pertama di DELL Cyberjaya sebagai IT Application Analyst selama setahun dan bertukar ke IRIS Bukit Jalil sebagai Application Support Engineer, dihantar bekerja di Republic Of Guinea (Africa).

Bekerja di sana selama setahun dan bertukar kerja ke Schlumberger KL sebagai IT Support Engineer (kerja sekarang). Berniat untuk berhenti kerja agar dapat meneruskan bisnes sendiri.

Vocket: Sejak bila Adib mula minat travel? Adakah kerana keluarga juga suka travel atau kerana faktor lain?

Adib: Saya lebih menyukai duduk di rumah sambil membaca dan minum kopi daripada pergi mengembara. Saya menganggap travel itu sebagai latihan atau cabaran.

Saya jarang plan untuk ke sesuatu tempat dari awal. Saya lebih suka secara spontan. Saya tidak biasa plan berbulan awal untuk ke suatu tempat.

Tetapi semasa saya berumur 2 tahun, saya tinggal di Newcastle, UK selama 2 tahun. Mengikuti keluarga dan ayah yang belajar disana.

Kalau nak diikutkan keluarga saya tidak gemar travel. Cuma ayah saya berpeluang travel ke banyak negara untuk belajar.

travel-ke-mongolia-5

Berjaya merintasi border Vietnam – China. China merupakan salah satu perkara paling sukar sepanjang pengembaraan. Saya terpaksa belajar menggunakan bahasa isyarat dan lukisan untuk berkomunikasi.

travel-ke-mongolia-22

Gambar yang diambil di Hoi An Vietnam. Sangat cantik pada malam harinya. Penuh dengan warna warni.

Vocket: Baru-bari ini Adib telah travel ke beberapa buah negara. Boleh kongsikan berapa bulan atau hari, route dari mana hingga ke mana dan jenis kenderaan yang digunakan, serta pergi berapa orang?

Adib: Pengembaraan saya yang terbaru ialah ke Mongolia melalui jalan darat dari Malaysia. Saya melalui 5 buah negara untuk tiba di sana. Pertama Thailand, Cambodia,Vietnam dan China, seterusnya tiba ke Mongolia.

Sebelum saya ke sana tiada nota atau rujukan dibuat. 99% kajian perjalanan ke Mongolia dari Malaysia dibuat ketika pengembaraan. Kebanyakkannya bertanya dengan penduduk tempatan dan backpacker yang lain, selainnya rujukan dari internet.

Saya menaiki kereta (hitchhike), motor, kereta api, bas dan berjalan untuk sampai ke tempat tujuan. Perjalanan mengambil masa selama 1 bulan 20 hari untuk sampai ke Mongolia dan 10 hari pulang ke Beijing dan terbang ke Malaysia.

95% perjalanan ke sana adalah secara berseorangan.

width="720"

Mereka ini yang menemani saya ketika di Bangkok. Dari Argentina, Amerika dan German. Sangat friendly.

travel-ke-mongolia-17

Ada satu hari saya mengembara bersama seekor anjing hitam. Dia mengikuti saya selepas saya memberi sedikit makanan. Dan selepas itu dia ikut saja ke mana saya pergi ketika di Hustain park.

Diambil di Masjid Niujie ketika penyampaian tazkirah sebelum memulai khutbah jumaat.

travel-ke-mongolia-6

Upacara selawat dari kanak-kanak di Kunming menjelang hari raya aidilfitri. Gambar ini ketika mereka berlatih untuk dipersembahkan pada 1 Syawal esok harinya.

Vocket: Mengapa memilih untuk travel dari Thailand hingga ke Mongolia? Dan apakah yang Adib inginkan dari pengembaraan ini?

Adib: Sebelum saya membuat keputusan untuk ke Mongolia, ada beberapa tempat yang saya pilih untuk mengembara. Diantaranya sekitar Eropah, Iceland, India, Korea Utara dan Selatan dan US.

Setelah memikirkan wang yang ada dan destinasi yang saya membolehkan menikmati lebih banyak culture dan adventure – saya memilih untuk ke Mongolia.

Perancangan awalnya saya mahu terbang ke sana dari Malaysia tetapi tiket pergi balik sangat mahal. Jadi  saya memilih ke sana dengan cara overland. Saya tiada halangan masa, saya cuma mahu pergi dan sampai di sana.

Tujuan asal saya adalah mahu pergi kemana saja yang boleh memandangkan saya sudah berhenti kerja. Pergi mengembara dan ambil gambar. Ambil gambar sebanyak mana yang boleh.

Sepanjang perjalanan memang gambar yang menjadi tujuan utama saya dan memastikan kamera sentiasa di tangan. Sangat berpuas hati akan gambar-gambar yang diambil.

Adib: Adakah travel kali ini adalah sebahagian daripada impian Adib? Jika ye kenapa?

Vocket: Saya menganggap travel itu sebagai cabaran hidup. Saya mula travel berseorang ketika berumur 20 tahun dan selepas itu saya menganggap lebih selesa travel berseorangan dari berkumpulan.

Saya mendaki berseorangan juga ke Gunung Rinjani tanpa latihan dan berjaya sampai ke puncak sebelum terbitnya matahari – a big achievement for me.

Saya sangat berpuas hati akan gambar yang diambil di atas sana . Selepas dari pendakian itu, saya tahu saya boleh mencapai apa sahaja, kalau diusahakan dan perlukan semangat dan kepercayaan diri sendiri yang sangat tinggi.

Menjejaki Mongolia menjadi impian saya setelah sekian lama. Ada sesuatu yang menarik saya ke sana.

Pada mulanya saya tidak tahu kenapa, walaupun ketika perjalanan ke sana saya belum jumpa jawapannya. Ramai yang bertanya kenapa Mongolia. Jika soalan itu diajukan saya cuma menjawab “Kerana ia Mongolia”.

Ramai juga backpacker yang saya jumpa pulang dari Mongolia, mereka kata begitu. “Its Mongolia – The Land of Land”.

Sejurus sahaja saya menaiki keretapi daripada sempadan ke bandar Ulaanbatar, saya jumpa jawapannya disebalik tingkap train yang dinaiki. Saya menangis ketika itu. Menangis kegembiraan.

travel-ke-mongolia-20

Gambar kuda yang membuatkan aku terkasima sebentar melihat keindahan tuhan. Di Terelj National Park Mongolia.

travel-ke-mongolia-13

Gadis di Terelj National Park. Sangat cantik. Muka mereka kacukan Russia dan China.

Portrait yang diambil ketika di Mongolia.

travel-ke-mongolia-11

Seorang budak melihat saya ketika yang lain sedang sibuk membaca bacaan agama mereka.

travel-ke-mongolia-4

Inilah diantara aktiviti tetap saya ketika mengembara, mengambil gambar dan tegur orang tempatan disana.

travel-ke-mongolia-14

Rumah bulat atau ger yang saya tinggal selama 2 hari 2 malam di Terelj National Park.

Vocket: Bagaimana dengan persediaan Adib untuk trip kali ini? Bagaimana Adib kumpul duit dan berapa lama?

Adib: Tiada persediaan, cuma the end goal nya adalah Mongolia. By hook or by crook saya kena sampai ke sana safe and sound. Alhamdulillah Tuhan melancarkan perjalanan ke sana.

Nak katakan jenis saving, tak juga. Kerja saya sebelum itu adalah seorang IT Application Support Engineer yang melibatkan sistem passport negara “Republic of Guinea” Afrika.

Jadinya saya dihantar ke sana untuk bekerja dan dibayar dengan gaji yang agak tinggi. Jadi dari situ saya kumpul duit travel dan berhenti. Seterusnya memulakan pengembaraan ke Mongolia.

Vocket: Bagaimana pula penerimaan keluarga dengan keputusan Adib untuk travel di route ni?

Adib: It was a tough decision. Saya berhenti kerja tanpa memberitahu sesiapa malah juga keluarga. Setelah sebulan saya tender, baru memberitahu kedua ibu bapa yang saya telah berhenti kerja dan mahu membuat sesuatu yang saya mahu – iaitu Fotografi.

Pada mulanya mereka bingung tapi setelah saya terangkan bagaimana mereka faham dan redha akan keputusan saya. Saya juga pernah berhenti kerja pada tahun pertama di alam pekerjaan. Itu juga saya tidak memberitahu keluarga.

Saya akan memberitahu mereka;

“Kalau ayah ibu percaya akan rezeki tuhan, jangan lah risau. Mesti adanya. Cuma usaha Adib yang menentukan hasilnya”.

Mereka tahu saya ini jenis suka mengambil risiko dan bermacam-macam saya telah lakukan. Jadinya mereka ok.

Vocket: Boleh kongsikan jumlah kos keseluruhan untuk trip kali ini?

Adib: Kalau diikutkan trip ini sahaja dari Malaysia ke Thailand, Cambodia, Vietnam, China dan Mongolia. Kos yang dibelanjakan adalah sebanyak RM6000-RM7000.

travel-ke-mongolia-15

Permandangan di Terelj

travel-ke-mongolia-24

This is Takhi (przewalski’s wild horse). Macam kuda but not a kuda. Another different of animal, rare and undangerged species. Left only less than a thousand. Native habistat is in Khustai National Park. I have to stand 200m away from the animals in order for me to take the photos.

travel-ke-mongloai-16

Saya dan 2 kawan saya dari Ireland terpaksa hitchhike untuk pulang ke bandar Ulaanbatar kerana kos yang mahal untuk menaiki teksi dan kereta sewa.

travel-ke-mongolia-16

Gambar diambil ketika hitchhike, saya terpaksa duduk dibelakang yang agak sempit ditemani anak pemandu.

Ayahnya sangat seronok menjemput kami untuk naik bersama kerana mahukan anak nya berlatih bertutur Bahasa Inggeris bersama kami. Ayahnya juga menunjuk buku latihan Bahasa Inggeris anaknya. Kami gelak sakan dan berasa seronok di hati.

Vocket: Bagaimana dengan tempat tinggal dan makanan di sepanjang tempoh travel? Adib tinggal di mana dan makanan pula bagaimana?

Adib: Di dalam pengembaraan saya memilih tempat tinggal yang paling murah. Kebanyakkan hostel backpacker. Di Cambodia saya couchsurfing.

Di Beijing mostly saya tinggal di rumah pelajar Malaysia disana. Selainnya tidur hostel backpacker, di kaki lima, pejabat dan bus stop.

Selepas pulang ke Mongolia, wang saya berkurangan disebabkan belanja yang agak tinggi di Mongolia. Setelah sampai sahaja ke Beijing saya tidur di dalam satu bangunan sebelah kaunter, di sofa mereka selama 3 malam.

Awal pagi saya akan ke tandas mandi dan terus bergerak ke tempat lain, dan pada malamnya saya akan kembali kesana lagi untuk bermalam.

Pada hari pertama saya disitu, receptionistnya bertanya sesuatu tetapi dalam Bahasa Mandarin. Saya endahkan sahaja dan pada hari seterusnya mereka tidak pedulikan saya. 3 malam saya tidur duduk disofa dengan memakai jacket kesejukan.

Baca: 18 Pemandangan Indah Musim Sejuk Di Mongolia

travel-ke-mongoli26

Disini lah saya tidur selama 3 malam ketika pulang dari Mongolia dan berada di Beijing. Memilih untuk tidur di mana-mana tempat kerana kesempitan wang dan keletihan badan.

Seronok tidur duduk. Pada waktu siang saya akan keluar berjalan, dan pada malamnya saya akan kembali ke situ untuk tidur.

travel-ke-mongolia-21

Saya amat berhutang budi kepada mereka ini. Pelajar di Beijing yang banyak membantu saya ketika disana. Saya menghabiskan masa yang lama bersama mereka. Terima kasih semua. Kimi, Aiman, Zul dan Toshi.

travel-ke-mongolia-9

Ketika di Beijing mencari tempat tinggal, berhenti sebentar melihat gelagat manusia Beijing menunggu bas.

travel-ke-mongolia-3

Menaiki motor sewa dari Hoi an ke Hue selama 8 jam. Sangat cantik permandangan melalui liku-liku bukit.

Vocket: Adakah sukar mendapatkan makanan halal? Jika ye, apakah alternative bagi Adib?

Adib: Kalau hendak diikutkan agak sukar untuk mendapat makanan halal. Jalan-jalan yang saya lalui juga kebanyakkan pendalaman.

Ada setengah bandar / tempat amat mudah mencari makanan halal seperti di Beijing, Chengdu dan Kunming. Tetapi makanan halal tidak dijumpai, saya terus akan memilih nasi berlaukkan ikan.

Kalau memerlukan tenaga yang lebih saya makan ayam dan daging. Sebelum itu, saya akan pastikan tiada daging babi.

Vocket: Disepanjang pengembaraan, apakah perkara paling manis bagi Adib?

Adib: Perkara paling manis adalah tiba di Mongolia. Ia seperti hajat saya ke sana sudah dimeterai. Sebelum mengembara ke sana ramai yang gelakkan saya dan ada juga yang sindir.

Kata mereka kerja gila, buang masa, buang tabiat dan bermacam-macam lagi. Ada masanya semasa dalam pengembaraan saya rasa down dan rasa susah untuk meneruskan perjalanan. Tetapi kepercayaan terhadap diri sendiri dan doa kembali menguatkan semangat saya.

Perasaan buktikan sesuatu kepada mereka tiada. Tetapi perasaan buktikan sesuatu yang impossible dan berjaya untuk diri sendiri yang saya lebih utamakan dan bangga.

Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran? Apakah yang paling sukar yang Adib lalui di sepanjang pengembaraan kali ini?

Adib: Cabaran yang paling saya perasan adalah ‘anggapan orang lain’. Setiap kali bergerak satu bandar ke bandar yang lain – mereka (penduduk tempatan / traveler) akan cakap susah, bahaya, itu dan ini.

At first, saya rasa takut dan risau dan sedikit ketidak pastian. Tetapi setelah lalui sendiri, rupanya semua boleh diusahakan. Kalau tidak berjaya, fikir dan usahakan cara yang lain. Itu yang paling banyak saya belajar di sana.

Hidup saya ketika itu penuh dengan pertanyaan. Saya pergi situ dan sini, berjumpa orang itu dan ini untuk pastikan informasi yang betul.

Ada juga keputusan yang dilakukan tidak membuahkan hasil yang baik. Tapi saya cepat move on dan sentiasa percaya yang masalah tidak akan sentiasa menjadi masalah. Jadi saya perlu fikir dan fikir dan usaha.

Di China juga agak sukar berkomunikasi. 90% rakyat tempatan disana yang dijumpa tidak bercakap bahasa yang saya faham iaitu English. Jadinya, setiap kali sampai ke satu destinasi atau bandar, saya akan cari kafe STARBUCK.

Saya tahu ramai yang minum STARBUCK adalah golongan kelas atasan atau orang berduit dan boleh bertutur Bahasa Inggeris. Tindakan saya tepat, setiap kali ke STARBUCK, saya meluangkan masa bertanya segala persoalan dan ya mereka bertutur Bahasa Inggeris. Selesai masalah.

travel-ke-mongolia-18

Bangkai lembu yang dijempui ketika saya mengembara berseorangan di Hustain park.

travel-ke-mongolia-7

Gerak geri manusia sekeliling sentiasa membuat aku tersenyum ketika mengembara. Cukup sekadar memerhati orang membuatkan pengembaraan ku bermakna

Mak cik yang berumur 50 tahun, duduk di hadapan saya ketika menaiki keretapi dari Chengdu ke Beijing selama 26 jam secara duduk. Dia seorang cikgu muzik.

Dan ketika itu dia bernyanyi dengan microphone dan speaker yang di bawa saya juga turut nyanyi bersama dia walaupun tidak faham.

Vocket: Ada pernah lalui peristiwa lucu?

Adib: Peristiwa paling lucu di China ketika saya menaiki train dari Chengdu ke Beijing selama 26 jam. Lelaki yang duduk disebelah saya menhulurkan setin arak. Saya memberitahunya yang saya seorang muslim dan tidak minum arak. Tetapi dia tidak faham, dan menunjukkan muka kecewa.

Hampir sejam juga lah terangkan kepada dia saya Muslim, lukis dan buat gaya itu ini. Akhir sekali dia berputus asa dan menghulur saya sepuntung rokok. Saya pun layankan sahaja. Itu sahaja yang saya dapat terima dari dia.

Vocket: Bagaimana pula dari segi orang-orang yang Adib temui di jalanan. Siapakah yang paling Adib ingati dan kenapa?

Adib: Paling diingati ketika saya di Mongolia. Saya bertemu dengan 2 warga emas semasa tiba di border China Mongolia.

Pada mulanya saya tiba berseorangan disana dan mahu mencari orang yang boleh bertutur Balam Inggeris supaya boleh dibuat kawan. Ketika saya mahu keluarkan wang di ATM, saya nampak akan dua lelaki IRISH.

Terus sapa mereka dan mereka ajak travel ke Mongolia bersama. Seminggu lebih kami di Mongolia duduk di hostel sama dan bergerak ke tempat yang sama. Cara kami lebih kurang sama, lepak sembang pasal dunia, politik, perempuan, karier dan bermacam-macam lagi.

Vocket: Daripada pengalaman travel kali ini, manakah yang lebih seronok? Travel solo atau secara berkumpulan?

Vocket: Kalau diikutkan saya prefer berseorangan. Tetapi selepas pulang dari Mongolia, saya berniat untuk mecari pasangan hidup dan travel bersama. Hah! Berdua lebih baik.

Vocket: Daripada gambar-gambar yang dikongsikan di akaun Instagram dan FB Adib, ada perancangan lain yang ingin dilakukan dengan gambar tersebut?

Adib: Saya ingat mahu mempersembahkan gambar-gambar disana dalam bentuk pameran tetapi masih belum berpeluang. Saya juga menjual gambar-gambar yang diambil di sana dalam bentuk printed and frame di akaun Instagram TheseCover. Niat akhirnya membuat buku dan photobook . Ia masih dalam pembikinan.

travel-ke-mongolia-25

Permandangan yang anda akan selalu lihat di Mongolia. Lautan daratan. Mongolia the Land of Land.

travel-ke-mongolia-28

Jumlah perjalanan saya dari Malaysia ke Mongolia dan pulang ke Malaysia dari Beijing selama 2 bulan.

Monsoulia : It’s actually from Mongolia + Soul. It’s like soul searching for me. I have been thinking off to name my travelling route.

So whenever people want to go from Malaysia to Mongolia – they can just refer to Monsoulia route.

Barang-barang yang dibawa ketika mengembara itu hari. Berat kesemuanya mencecah 18kg dan menyebabkan saya sakit belakang sehingga hari ini. Jadi janganlah bawa berat-berat.

Vocket: Ada sebarang perubahan atau kesan pada diri yang dirasakan? Mungkin dari segi fizikal mahupun mental?

Adib: Dari segi fizikal, saya mengalami sakit belakang atau sengal-sengal kerana berat beg yang dibawa adalah sebanyak 18-20kg. Berat badan saya turun sebanyak 6kg. Tetapi sekarang sudah kembali normal.

Dari segi mental, saya lebih kuat. Sekarang saya lebih memikirkan tiada apa yang mustahil dalam mencapai sesuatu. Usaha dan kepercayaan  kepada tuhan dan diri sendiri. 2 benda ni saya sentiasa pegang.

Vocket: Saya lihat Adib juga telah menjalankan beberapa projek lepas balik daripada travel. Boleh kongsikan apakah projek tersebut dan untuk apa?

Adib: Thesecover – Projek jual gambar travel. Saya bercadang untuk mengumpul gambar-gambar dari traveller Malaysia. Dan jualkan dalam bentuk frame.

Lainnya kebanyakkan perkongsian kisah dari pengembaraan.

Vocket: Bagaimana pula dari segi money recovery selepas balik dari travel? Adakah Adib berjaya dapat kerja semula atau ada cara lain?

Adib: Ketika saya masih di dalam pengembaraan, saya dihubungi oleh sebuah syarikat oil and gas dan diberi tawaran untuk bekerja dengan mereka. Saya berkata kepada mereka, saya masih dalam travel dan perlukan masa yang lama untuk pulang ke tanah air.

Kata mereka sanggup untuk tunggu sehingga saya pulang ke Malaysia. Selepas 2 bulan mengembara saya pulang ke tanah air dan mula dengan pekerjaan baru.

Perancangan awalnya, saya mahu bekerja sebagai barista di kedai kopi tempatan di KL.

Tetapi sebaik menjejakkan kaki di Malaysia, duit saya kosong. Saya terpaksa korek tabung siling untuk hidup beberapa minggu dan meminjam wang kawan.

Saya juga terpaksa jual kamera compact dan beg backpack untuk menampung perbelanjaan dan bayar duit sewa rumah.

Selepas memikirkan baik dan buruknya, saya membuat keputusan untuk terima tawaran kerja di syarikat tersebut secara kontrak selama setahun.

Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang ingin travel seperti yang telah Adib lakukan ini?

Adib: Jangan melekat sangat dengan template hidup orang lain. Banyak benda anda boleh buat tapi anda tidak mahu dan takut. Takut benda yang anda tidak pasti.

Perkara ini yang menghantui kebanyakkan orang. Bagi mereka kegagalan itu sesuatu yang perlu dihindari serta merta. Walhal semasa kita kecil, sebelum kita berjalan atau mula mengayuh basikal, berapa kali kita jatuh untuk berjaya?

Jadi hidup kita sama sahaja. Kita tidak akan berjaya kalau kita tak jatuh. Be adventurous as much as we can. Tidak salah mencuba, tidak salah gagal.

Pastikan setiap apa yang anda lakukan ada sebab dan hasilnya. Percayalah akan rezeki tuhan. Buat sahaja apa yang anda mahu. Jangan menyesal di hari tua anda tidak mencapai apa-apa untuk diri sendiri kerana sibuk mencapai kemahuan orang disekeliling.

Vocket: Apakah perkara positif yang diperolehi daripada trip kali ini?

Adib: Sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Kalau kita mula untuk bersangka baik terhadap orang lain maka orang lain juga akan membuat perkara yang sama kepada kita.

Jangan terlalu memandang rendah kepada orang yang tidak punya apa-apa. Kita tidak tahu di masa akan datang dia yang paling berjaya dan anda gagal. Sentiasa percaya rezeki itu ada kepada semua orang.

travel-ke-mongolia-27

Portrait di dalam Masjid Niujie Beijing.

Vocket: Ada info tambahan lain yang ingin dikongsikan?

Adib: Saya ada terfikir betapa pentingnya rakyat kita mempunyai pemikiran “give back to your own country” – dalam erti kata lain – tanggungjawab untuk menyumbang secara langsung kembali kepada negara.

Sekarang kita melihat kos hidup di Malaysia semakin meningkat hari demi hari. Hidup orang susah semakin susah. Jenayah semakin meningkat. Budak-budak semakin hilang arah.

Kalau difikirkan balik, dimana salahnya? Adakah kerajaan yang memerintah atau rakyat tidak mengambil tindakan. Bagi saya, kedua-duanya.

Setiap orang kondisinya berbeza. Sesetengah orang hidupnya sederhana sedia ada. Sesetengah orang bijak tetapi hidup susah dan peluang nya tiada. Jadi disini, orang yang pada mula yang hidup senang perlu main peranan.

Usaha memberi bantuan kepada yang susah melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kita boleh lihat perkara ini masih lagi dalam peringkat kecil- kecilan kerana kebanyakkan yang bekerjaya masih lagi mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri.

Lebih memikirkan untuk menyenangkan hidup mereka sendiri dari memikirkan orang lain yang sedia susah. Tiada rasa tanggungjawab terhadap rakyat lain.

Kadang-kadang saya terfikir dimana mereka mereka yang berpelajaran tinggi dan berkerjaya hebat tetapi tidak mengendahkan mereka yang hidup susah. Jadi kaya untuk hidup kaya bukannya untuk membantu mereka yang susah.

Bantuan juga bukan sahaja dari segi kewangan tetapi pendidikan juga penting. Remaja sekarang semakin teruk sahsiahnya, jadi kita perlu beri perhatian yang tinggi kepada mereka ini. Gejalan gengster, pergaulan bebas, seks bebas, lepak tanpa tentu arah, kes-kes begini golongan yang bijak pandai perlu ambil tanggungjawab untuk mendidik mereka-mereka ini.

Saya risau dengan kemajuan teknologi, golongan remaja dan kanak kanak sekarang sudah makin teruk sikapnya. Terkadang ada yang lebih ambil serius kehidupan di media sosial berbanding kehidupan realiti.

Jadi marilah kita fikirkan sesuatu untuk mereka-mereka ini. Terkadang pertolongan itu tidak memerlukan wang, cukup sekadar penglibatan dalam masyarakat itu sendiri.

Terfikir juga saya, kenapa tuhan kurniakan rezeki saya mengembara. Mungkin ini yang mahu dia tunjuk kepada saya.

Saya juga tahu ramai sahaja yang membuat perkara kebajikan malah saya juga suka menyumbang ke arah situ.

Baca lagi: Travel Via Trans-Silk Route Menemukan Pemuda Ini Dengan Pelbagai Pengalaman Menarik

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram