Seorang usahawan Iowa bertindak like a boss terhadap dua orang pengemis muda yang sihat di hadapan Taco Bell.

Dia membawa sepanduk yang menulis dua orang pengemis itu menolak tawaran pekerjaannya dan meminta orang ramai tidak memberi mereka wang.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Pengemis-pengemis itu duduk di hadapan kedai makan itu dengan sepanduk bertulis, "Pokai dan lapar. Perlukan duit."

mike
Pengemis dan Mike

Usahawan itu yang hanya dikenali sebagai "Mike", mendakwa telah menawarkan pekerjaan kepada kedua-dua lelaki itu, tetapi ditolak. Mike kembali dengan sepanduk berwarna kuning yang menulis, "Sudah tawarkan 2 lelaki ini pekerjaan, tetapi ditolak. Jangan bagi duit."

Anak saudara usahawan itu, Micheal Woolridge dari Muscatine, Iowa, memuat naik gambar kejadian di Facebook dengan menulis:

"Pakcik Mike tawar dua lelaki ini pekerjaan dengan berkata dia sibuk dan perlukan bantuan, tetapi mereka menolak, jadi pakcik balas sebegini! Wow jangan bagi duit kepada dua lelaki ini."

Pada satu ketika, dua orang pengemis ini berpindah kedudukan dan Mike mengikuti mereka.

"Mereka pergi ke tempat lain dan pakcik ikut mereka," tambah Woolridge.

Pembaca Facebook dan Reddit berbeza pendapat tentang kewajaran tindakan Mike. Malah, ada yang mempersoalkan sama ada kejadian itu benar-benar berlaku.

Seorang pengguna Reddit yang mendakwa berasal dari Muscatine membalas, yang kejadian itu benar-benar telah berlaku. Dua orang pengemis itu juga dilaporkan telah ditawarkan bekerja di sebuah pusat mencuci kereta, tetapi menolak.

BACA: Kisah Pengemis OKU Yang Mahu Beli Baju Raya Untuk Anaknya

TONTON: Eksperimen Sosial Pengemis Di Malaysia Dengan Kejutan Yang Mengharukan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka