Bukanlah isu yang baru tetapi kini makin ramai peminta sedekah di lampu isyarat. Mesti anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta anda dan kadangkala bertindak agresif.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @acaiijawe telah berkongsi di Twitter miliknya tentang isu lambakan peminta sedekah di lampu isyarat. Menurutnya, biasanya mereka ini sindiket pengemis dan juga mengaku sebagai seorang muslim tetapi hakikat sebenar sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak mahu ke pusat zakat untuk menerima bantuan dan bertindak melarikan diri. Malah, para pengemis ini juga tidak akan memberikan nama dan maklumat seperti kad pengenalan serta tempat tinggal kerana takut maklumat dapat disemak dalam sistem.

Para pengemis ini juga akan melarikan diri jika mengetahui anda polis atau dari pusat zakat dan pusat kebajikan. Dalam hasil penangkapan sebelum ini, ada pengemis yang berjaya memungut hasil derma lebih RM300 sehari.

Tambahnya, cara terbaik untuk membantu para pengemis ini adalah dengan tidak memberi sedekah kerana yang untung hanyalah bos mereka. Disebabkan memperoleh keuntungan, maka industri ini berkembang dan mungkin juga melibatkan pemerdagangan manusia.

Untuk pengetahuan anda, semua Jabatan Agama Islam Negeri ada peruntukan dalam Enakmen untuk denda dan penjara bagi sesiapa yang memungut derma kecuali dengan kebenaran daripada Majlis Agama. Malah, semua derma akan diserahkan kepada Baitulmal.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berdepan dengan para pengemis ini yang bersikap kurang ajar jika tidak memberikan sedekah.

https://twitter.com/topeknjj/status/1443600682116796416

Malah, ada juga yang mengatakan para pengemis ini turut pandai memilih dengan meminta sedekah pada orang yang menaiki kereta mewah. Ada juga netizen berkongsi detik cemas apabila cermin pintu kereta diketuk.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pengemis pada pautan di bawah ini.

Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen

Polis Lahad Datu Tahan 9 Pengemis Untuk Siasatan, Bakal Berdepan Hukuman Denda RM10,000