Isu mengenai tol PLUS sememangnya menjadi topik yang hangat buat rakyat Malaysia. Sering dibangkitkan setiap kali pilihan raya, isu ini nampaknya hangat sekali lagi sejak beberapa bulan terakhir ini apabila dilaporkan terdapat pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS.

Segala ura-ura ini nampaknya telah ditamatkan melalui pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir baru-baru ini dimana pihak kerajaan telah memutuskan untuk tidak menjual PLUS sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Di sebalik janji untuk menurunkan caj tol sebanyak 18% seawal tahun ini, nampaknya terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan keputusan yang dibuat pihak kerajaan serta melabelkan keputusan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Shahril Ridza Ridzuan sebagai pembohong.

Maju Holdings

Individu yang dimaksudkan adalah Pengerusi Maju Holdings, Abu Sahid Mohamed yang turut menyifatkan keputusan yang dibuat adalah bodoh menurut laporan Free Malaysia Today.

Beliau dikatakan mempertikai mengapa pihaknya yang sebelum ini dipelawa melakukan tawaran tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat. Selain itu beliau juga tidak berpuas hati mengapa pihak kerajaan enggan menjualnya.

Untuk pengetahuan, pihak Maju Holdings sebelum ini pernah tampil dengan tawaran untuk membeli konsesi PLUS bersama janji untuk mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak tol 36% tanpa meminta pampasan kewangan daripada pihak kerajaan.

PLUS_toll_plaza_Penang_Bridge (1)

Selain itu, dilaporkan Maju Holdings sedia melabur sebanyak RM5.3 bilion bagi projek pemasangan lampu di sepanjang lebuh raya bersama-sama dengan penambahbaikan lain yang diperlukan.

Sebelum keputusan dibuat kerajaan, Tun Mahathir menyatakan pihak kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua tawaran dan bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli PLUS. Walau bagaimanapun pihak kerajaan mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus tidak menjualnya kepada pihak ketiga.

Ketahui lebih lanjut mengenai keputusan yang dibuat pihak kerajaan mengenai PLUS melalui pengumuman daripada Tun Mahathir.

PLUS Kekal Milik Kerajaan, Kadar Tol Bakal Diturunkan Sebanyak 18%

Ketiadaan Lorong Tambah Nilai Pada Laluan Keluar PLUS Berjaya Mengurangkan 48.2% Kesesakan

 

 

Sumber