Akhirnya Fast & Furious 9 sudah pun memulakan penggambaran dan boleh dikata majoriti pelakon asal Fast & Furious akan kembali.

Vin Diesel selaku ‘ketua’ siri ini berkongsikan berita berkenaan dalam bentuk video. Dapat dilihat Michelle Rodriguez teruja kerana masih berpeluang untuk sama-sama menjayakan filem terbaru ini.

Jordana Brewster yang menjadi kekasih kepada Paul Walker dalam filem ini turut akan kembali memegang watak Mia Toretto. John Cena merupakan pelakon terbaru yang akan menyertai franchise ini manakala Dwayne ‘The Rock’ Johnson ‘digugurkan’ dan tidak akan mempunyai peranan dalam Fast & Furious 9.

Fast & Furious dijadualkan akan berada di pawagam Mei 2020. Dapatkah franchise ini bertahan tanpa Paul Walker? Itu kita lihat sendiri tahun hadapan.