Penggambaran untuk karya sekuel John Wick dikhabarkan akan bermula bulan ini. Untuk filem ketiga ini, negara Jepun akan menjadi medan ‘pertempuran’ John Wick menentang The Continental.

Dikhabarkan, aktor Jepun Hiroyuki Sanada yang sebelum ini membintangi The Wolverine dan The Last Samurai akan turut sama menjadi watak penting untuk filem terbaru John Wick ini. Keanu Reeves seperti biasa akan melakonkan watak John Wick yang perlu melarikan diri daripada The Continental selepas beliau melanggar kod etika kumpulan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa negara lain seperti Sepanyol, Jordan, Russia dan Morocco turut berada dalam lokasi penggambaran John Wick. Jika semuanya berjalan lancar, filem John Wick akan menemui peminat pada 17 Mei tahun hadapan. Yang pasti, jika ada John Wick, filem ini pasti akan epik!