Penonton yang menonton siri Netflix “Umbrella Academy” sebelum ini semestinya sudah menjangkakan akan adanya siri ke-2. Aidan Gallagher atau lebih dikenali sebagai ‘Number 5’ telah mengesahkan proses penggambaran siri ke-2 telah bermula menerusi sebuah post di Instagramnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sama seperti siri pertama, lokasi penggambaran masih dilakukan di Toronto, Ontario. Berdasarkan siri sebelumnya, orang ramai pasti menanti-nantikan aksi Vanya Hargreeves setelah mengetahui potensi yang terpendam dalam dirinya.

vanya hargreeves

Menurut informasi awal, semua pelakon utama akan hadir dalam siri ke-2 dengan kemunculan beberapa watak baharu. Siri ke-2 ini akan hadir dengan 10 episod dan dijangka akan mmengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyiapkan keseluruhan proses penggambaran. Mungkin peminat akan mula menonton siri baharu ini kira-kira pada pertengahan tahun 2020.