Setiap tahun pasti ada pengeluar kenderaan akan membuat pengumuman pemanggilan semula atau lebih dikenali sebagai ‘Product Recall‘ kerana terdapat isu keselamatan atau kecacatan kepada sesuatu produk yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Baru-baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan senarai model-model kenderaan yang dipanggil semula.

Baca Juga:

Menurut agensi itu, pihak JPJ berbesar hati untuk membantu menjayakan aktiviti ‘Product Recall‘ melalui hebahan di laman sosial dan juga portal rasmi JPJ. Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat agar segera menghubungi wakil pengedar yang sah.

Berikut adalah senarai kenderaan pelbagai model yang terlibat dalam program ‘produk recall‘ –

Perodua
  1. Perodua Ativa (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 1,146 unit
  2. Perodua Alza (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 562 unit
Toyota
  1. Toyota Veloz | Keluaran 2022-2023 | 201 unit
Mercedes-Benz
  1. Mercedes-Benz C-Class (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 8 unit
  2. Mercedes-Benz CLK (209 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  3. Mercedes-Benz CLS (219 platform) | Keluaran 2001-2011 | 18 unit
  4. Mercedes-Benz E-Class (211 platform)  | Keluaran 2001-2011 | 21 unit
  5. Mercedes-Benz CL-Class Coupe (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  6. Mercedes-Benz GLE/MI (166 platform) | Keluaran 2001-2019 | 524 unit
  7. Mercedes-Benz GLE Coupe (292 platform) | Keluaran 2001-2019 | 305 unit
Audi
  1. Audi Q5 (8R) | Keluaran 2008-2017 | 1,129 unit
  2. Audi A4 (8D) | Keluaran 1996-2001 | 304 unit
  3. TT (8N) | Keluaran 1998-2001 | 21 unit
  4. A5 (8T) | Keluaran 2010-2012 | 4 unit
  5. A6 (4B) | Keluaran 1996-2001 | 144 unit
  6. A8 (4D) | Keluaran 1996-2001 | 1 unit
  7. A6 (4F) | Keluaran 2005-2011 | 371 unit
  8. A4 (8E) | Keluaran 2005-2008 | 487 unit
  9. TT (FV) | Keluaran 2015-2017 | 307 unit
Honda
  1. Honda ADV750LM | Keluaran 2015-2017 | 261 unit
Suzuki
  1. Suzuki Hayabusa GSX1300R | Keluaran 2021-2023 | 15 unit

“Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam aktiviti Product Recall seperti di atas, sila hubungi wakil pengedar yang sah untuk temujanji bagi proses penukaran komponen tersebut,” kata JPJ Malaysia.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak JPJ ini juga selaras dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Ybhg. Dato’ Zailani Hj. Hashim melalui ucapan dasarnya dalam mesyuarat Bilateral Meeting di antara Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan juga delegasi Jepun yang terdiri daripada wakil Ministry of Land, Infrastructure, Transport & Tourism (MLIT), National Traffic Safety and Environment Laboratory (NTSEL), dan juga Japan Automobile Standards Internationalization Center (JASIC) pada 1 Mac 2023 lalu.

Beliau menekankan aktiviti Benchmarking bagi aktiviti Product Recall seperti yang dilaksanakan oleh pihak Jepun dengan menghebahkan aktiviti tersebut melalui laman web rasmi dan juga media massa.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.