Apabila berlaku kebakaran, pastinya penggera kebakaran memainkan peranan penting kerana memberitahu penghuni kediaman atau sesuatu tempat bahawa kebakaran sedang berlaku dan tindakan untuk menyelamatkan diri harus dilakukan segera.

Terbaharu, tular di TikTok beberapa video oleh penghuni kediaman di sebuah kondominium di Cyberjaya yang terlibat kebakaran pada kira-kira jam 4 pagi dan masih marak pada jam 8.45 pagi semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@suzianaaaa

Tetaplah tenang walaupun condo terbakar dan management hauk tadek firealarm semua benda lembab. I boleh gone suffocating while sleeping tau if tak sedar dari tido tadi sheeesshhhh geramm gila dengan management haih 🤧 #skypark #awarenessvideo⚠️⚠️⚠️ #managementfail #skyparkcyberjaya #cancelled #notrecommended

♬ tenang by amcha – amchaa

https://www.tiktok.com/@fafad85/video/7205002377856863515?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7204445110700197377

@santanpecah

Worst building ever. Hopefully everyone is safe. I don’t think there’s a smoke detector in every level. No fire alarm?! #SkyparkCyberjaya #fyp #xyzbca #skyparkCyberjayaNoFireAlarm #emo

♬ Boy’s a liar Pt. 2 – PinkPantheress & Ice Spice

Menerusi beberapa video yang tular itu, pemilik video yang juga penghuni kondominium tersebut mendakwa tiada bunyi amaran daripada penggera kebakaran untuk para penghuni mengosongkan bangunan sekaligus membahayakan nyawa para penghuni yang tidak tahu akan situasi tersebut.

Video-video terbabit telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa berang dengan pihak pengurusan dan pemaju kondominium itu yang dirasakan tidak bertanggungjawab serta tidak menyelenggara bangunan dengan baik.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana kebakaran juga boleh menyebabkan kematian. Menurut penghuni kondominium, pihak pengurusan memberitahu mereka bahawa penggera kebakaran diselenggara menjadi punca ia tidak berbunyi.