Sejak populariti Pokemon dan NFT makin meningkat disebabkan oleh selebriti terkemuka, banyak pihak mula berjinak-jinak dengannya. Malah, kini dikesan wujud permainan Pokemon palsu yang direka khas oleh penjenayah siber untuk menjerat mangsa.

Terbaharu, sebuah firma siber sekuriti di Korea Selatan dan badan Emergency Response Centre (ASEC) telah mengesan penjenayah siber kini menggunakan permainan kad Pokemon NFT palsu yang bertujuan memerangkap mangsa untuk memasang perisian kawalan akses tanpa disedari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Bleeping Computer

Perisian kawalan akses ini bakal membolehkan individu lain mengambil alih komputer anda sebaik ia dipasang. Perisian NetSupport Manager ini merupakan perisian yang sah tetapi telah disalah gunakan oleh penjenayah siber kerana boleh mengakses secara terus ke sesebuah peranti tanpa sekatan sekuriti.

Difahamkan permainan ini bakal menawarkan permainan strategik yang menyeronokkan dalam masa yang sama memberikan pulangan lumayan menerusi NFT. Gabungan Pokemon dan NFT sudah pasti bakal menarik minat banyak individu untuk mencubanya.

Laman permainan kad Pokemon NFT ini dilihat sangat profesional malahan lengkap dengan koleksi kad yang telah dianimasikan seperti asli. Bagaimanapun, permainan ini masih wujud kecacatan yang ketara pada rekaan kad dan juga corak permainan yang tidak menarik.

Untuk peminat tegar francais Pokemon, mereka pasti boleh mengesan kecacatan yang terdapat menerusi permainan kad palsu itu. Sementara untuk yang baru berjinak-jinak dengan Pokemon, mereka pasti terjerat dengan penawaran permainan yang menyerupai seakan permainan rasmi yang sebenar.

Jadi, anda yang mungkin berminat dengan kartun animasi Pokemon atau pun NFT disarankan untuk tidak sewenang-wenangnya memuat turun atau cuba memasang sesebuah perisian yang tidak diketahui sumber asalnya.