Beberapa bulan lepas WhatsApp telah memperkenalkan ciri Picture-In-Picture kepada beberapa peringkat pengguna Android untuk memainkan video yang dihantar melalui link di aplikasi Whatsapp tanpa perlu keluar daripada aplikasi tersebut. Hari ini menerusi kemas kini terbaharu semua pengguna Android boleh menggunakan ciri tersebut.

WhatsApp Image 2018-12-17 at 13.09.57 (1)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video akan dipaparkan dalam saiz kecil dan boleh diubah kepada skrin penuh di sudut atas sebelah kanan video. Ciri ini bukan sahaja menyokong paparan Picture-In-Picture untuk YouTube sahaja tetapi juga untuk aplikasi lain seperti Facebook dan Instagram.

Ciri ini tentu sahaja memudahkan pengguna untuk terus berinteraksi dan bersama-sama melihat pautan yang disertakan di dalam pesanan tersebut. Sudahkah anda mengemaskini aplikasi WhatsApp?