Minggu yang penuh dengan cabaran buat Mark Zuckerberg bersama pasukan. Platform media sosial ini telah disahkan bersekongkol bersama Cambridge Analytica dimana mereka menjadi dalang kepada kempen kemenangan Donald Trump di Amerika Syarikat pada pilihanraya yang lalu.

Lebih parah, syarikat ini telah kerugian lebih $60 bilion (RM232.41 bilion) dalam jangka masa seminggu selepas kempen #DeleteFacebook dilancarkan. Terbaru, Facebook juga disahkan mengutip data pengguna Android meliputi SMS, senarai pangilan dan tempoh panggilan dibuat sejak beberapa tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Leetlhonimoseki/status/977539285443317765

Segalanya terbongkar apabila aktiviti Facebook ini diketahui pengguna di laman Twitter ini selepas skeptikal dengan platform media sosial ini. Berdasarkan tweet yang dikeluarkan, dikatakan Facebook telah menjejak segala aktiviti yang dibuat lelaki ini sejak beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan maklumbalas daripada salah seorang pekerja Facebook, tujuan Facebook menyimpan data pengguna ini untuk memudahkan pengguna berhubung antara satu sama dengan yang lain.

Dalam pada itu, berdasarkan beberapa laporan lain dikatakan tidak semua negara menjadi mangsa Facebook pada kali ini.

facebook-sms-call-data-01-960×640

Buat anda yang mengakses Facebook sama ada melalui desktop atau telefon pintar, anda dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan aplikasi yang meragukan untuk mengelakkan daripada lebih banyak data diterima Facebook.

Setakat ini masih belum ada laporan  dimana data pengguna iOS diceroboh Facebook berdasarkan insiden yang berlaku.