Sekiranya anda ingin gembira, mungkin anda perlu berhenti seketika menggunakan smartphone bagi mendapatkan ‘kebahagian’ yang sementara. Kami yakin ini bukan pertama kali anda membaca ungkapan ini.

Smartphone pada hari ini berjaya memberi ruang buat orang ramai berhibur, mengurus masa serta membolehkan mereka berhubung antara satu sama yang lain. Dalam masa yang sama, berdasarkan satu kajian daripada Moment, tidak ada satupun aplikasi yang berjaya membuatkan orang ramai gembira serta berminat untuk meluangkan masa dalam jangka masa yang panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, Moment telah membuat satu kajian untuk mengetahui aplikasi manakah yang membuatkan orang ramai tidak bahagia dalam jangka masa yang panjang. Berikut merupakan keputusannya.

Screen_Shot_2017-09-19_at_11_01_58_AM

Melihatkan kepada senarai aplikasi yang disertakan, jelas aplikasi permesejan dan media sosial antara yang membuatkan orang ramai tidak gembira. Mungkin terlalu umum untuk diulas apakah puncanya, namun aplikasi yang lebih membuatkan pengguna gembira antara yang mengungguli carta.

Anda sememangnya masih belum terlambat untuk mengubah tabiat menggunakan smartphone dalam jangka masa yang lama kepada sesuatu yang lebih berfaedah. Aziz Ansari selaku pelakon Hollywood pada tahun ini telah memilih untuk menjauhkan diri daripada smartphone dan memilih untuk membaca buku sebagai hobi terbaru. Hasilnya, beliau mengatakan hidup beliau kini lebih bermakna dan gembira.

Tonton video dibawah untuk melihat bagaimana smartphone telah mengubah kehidupan kita semua.

Sumber